Bagaimana Ajar Anak Lelaki Kencing Sendiri

Bila anak sampai pada usia tertentu, sudah tiba untuk anda ajarnya kencing sendiri. Tidak kira untuk anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya memerlukan kesabaran dan masa daripada anda.

jelita ajar anak lelaki kencing sendiri

ING Image

Namun, untuk anak lelaki, anda perlukan kerjasama dan motivasi. Petanda utama untuk memulakan proses ini adalah anak lelaki berkenaan berminat, sanggup cuba dan mampu melakukannya secara fizikal.

Walaupun sesetengah anak lelaki bersedia sejak umurnya 18 bulan, ada juga yang belum bersedia sehinggalah ia masuk tiga tahun. Malahan, sesetengah pakar percaya, anak lelaki lebih lama memakai lampin berbanding anak peremuan kerana mereka lebih aktif dan berkemungkinan tidak sempat berhenti untuk pergi membuang air kecil.

Menurut babycenterdotcom, anda tidak perlu terburu-buru untuk memulakannya, kerana tidak kira awal atau lambat, anda akan dapat mencapai objektif ini.

Sebelum anda memulakan latihan ini, gunakan senarai semak berikut untuk ketahui sama ada si kecil bersedia atau tidak.

  • Boleh duduk diam dalam satu posisi selama dua ke lima minit.
  • Pandai tanggal dan pakai balik seluarnya sendiri.
  • Tidak suka rasa memakai lampin yang basah atau kotor.
  • Menunjukkan tanda perlu ke tandas, seperti menahan kencing atau sakit perut.
  • Gembira bila dapat mencapai sesuatu.
  • Tidak perlu dipaksa untuk ke tandas.
  • Faham akan petanda dia perlu membuang air kecil atau besar, malah mampu menahan hinggalah dia perlu ke tandas.
  • Tahu menyebut ‘kencing’ atau ‘berak’ dan yang berkaitan dengannya.

Mula sekali, berikan dia peluang untuk belajar menerusi pemerhatian sendiri. Dia mungkin perasan yang cara Mak membuang air kecil, berbeza dengan cara Ayah ke tandas. Dari situ, kalian boleh ceritakan cara anak lelaki menggunakan tandas.

Bila menyebut mengenai anatomi tubuh, anda perlu menggunakan istilah yang betul. Mengajarnya menggunakan bahasa kiasan akan membuatnya rasa bahagian itu adalah menjijikkan.

Belinya Alat yang Betul

Bila anak kecil belajar ke tandas sendiri, adalah penting untuknya dapat duduk selesa dengan kaki mencecah lantai terutama jika dia perlu membuang air besar. Anda boleh membelinya tandas kecil khas untuk kanak-kanak supaya dia boleh berasa seperti itu adalah miliknya.

Beri Dia Masa Untuk Rasa Selesa

Mungkin pada minggu pertama, anda boleh benarkannya duduk dengan berpakaian penuh supaya dia dapat membiasakan diri. Selepas dia nampak selesa, ajaknya untuk menanggalkan seluar. Jangan memaksa, tetapi jika dia nampak tak suka, anda boleh gunakan permainan kegemarannya untuk dijadikan model.

Sediakan Jadual

Ianya turut bergantung pada masa anda bersamanya di rumah atau adakah dia dihantar ke pusat jagaan, di mana anda perlu berbincang juga dengan pengasuhnya. Ada kala, anda boleh cuba memakaikannya lampin pada waktu tidur atau gunakan lapik plastik di bawah cadarnya (antara cadar dan tilam) pada waktu malam. Atau, anda mahu terus membiasakannya dengan seluar dalam semata, terpulang pada tahap penerimaan anak lelaki itu, dan juga kesabaran anda.

Raikan Kejayaan

Sudah pasti dia akan ‘tergelincir’ beberapa kali, tetapi lambat laun dia akan mencapai kejayaan. Dia wajar diraikan! Beritahu padanya yang dia telah menjadi ‘budak besar’ dengan memberikannya ganjaran ‘budak besar’ yang sewajarnya, sama ada boleh menonton filem kartun kegemaran atau dibawa ke padang permainan lebih lama.

Jika Dia Belum Berjaya

Tak perlulah tunjukkan kekecewaan pula, masih boleh cuba dan cuba lagi. Dimarahi akan buat anak lelaki anda terasa hati dan merendahkan tahap keyakinan dirinya. Anda perlu ingat yang mengajarnya membuang air sendiri sama juga seperti mengajar dia menunggang basikal atau memanjat tangga. Pada mulanya, pastilah ada kepayahan. Lambat laun sudah pasti usaha kalian akan berbaloi jua.

 

The post Bagaimana Ajar Anak Lelaki Kencing Sendiri appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment