Ary Malik kini berada di dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.
Ary yang juga pengacara dan pelakon telah dimasukkan ke hospital pada 18 Februari lalu selepas keadaannya menjadi semakin lemah. Dia mula tidak sedarikan diri sejak Selasa lalu.
Menurut suami pelakon itu, Shahrul Nizam Shaharuddin, Ary disahkan menghidap penyakit itu sejak hampir setahun yang lalu dan pernah melalui menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Tambah suami Ary lagi, doktor turut mengesyaki barah yang dihidapi oleh Ary sudah merebak ke bahagian kepala dan sehingga kini keadaan Ary dipantau oleh pakar bahagian obstetrik dan ginekologi.
“Pada mulanya, Ary mengadu sakit di bahagian perut dan disangkakan ia ketumbuhan biasa. Selepas pembedahan, baru kami diberitahu bahawa ia adalah kanser. Sejak Jun tahun lalu, Ary menjalani rawatan kimoterapi,” Shahrul Nizam- Astro Awani Online.
Ary mula menceburi dunia seni sejak tahu 90-an dan dia pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012. Hasil perkongsian hidup bersama suami, Ary dikurniakan tiga orang anak masing-masing sudah berusia 19, 13 dan 11 tahun.
Semua anak Ary dikhabarkan sudah mengetahui tentang keadaan yang menimpa Ary sejak awal dan terus memberikan sokongan kuat dan juga memantau perkembangan keadaan ibu mereka.
The post Ary Malik Kritikal Kerana Kanser Ovari appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment