Hampir semua orang gemar untuk mandi dengan air panas selepas seharian bekerja. Mandi dengan air panas ada banyak manfaatnya. Tidak salah sekiranya anda mengambil risiko untuk mandi dengan air sejuk. Banyak manfaat yang boleh diperolehi apabila anda mandi dengan air sejuk.
Jelita senaraikan sembilan manfaat yang boleh diperolehi apabila anda mandi dengan air sejuk.
Faktor Kejutan
Mandi dengan air sejuk boleh dijadikan sebagai faktor kejutan di pagi hari. Bertukar ke air sejuk pada minit terakhir mandi anda untuk memberi badan anda rangsangaan adrenalin semula jadi yang akan membangunkan anda dan membantu membuatkan anda bertenaga untuk menghadapi hari yang akan datang.
Mengurangkan Kemurungan
Hidroterapi adalah perubatan kuno yang mendedahkan badan anda kepada suhu yang berbeza untuk kesan terapeutik. Apabila anda menenggelamkan diri dalam air sejuk, ia membantu untuk meningkatkan aliran darah ke otak dan meningkatkan pelepasan hormon norepinephrine yang memberikan anda ketenangan secara semula jadi.
Merawat Rambut Rosak
Mandi dengan air panas mungkin baik untuk badan anda tetapi ia tidak baik untuk rambut anda. Kebanyakan pakar rambut mengesyorkan untuk membasuh rambut dengan air sejuk untuk memberikan kelembapan dan mencegah rambut yang bercabang.
Meningkatkan Aliran Darah
Badan anda akan bertindak balas kepada air sejuk dengan serta-merta. Apabila anda mandi dengan sejuk, darah akan dipam melalui arteri, meningkatkan denyutan jantung dan memastikan organ-organ penting menerima oksigen dalam tahap yang optimum. Kesimpulannya, mandi dengan air sejuk sangat baik untuk badan anda.
Merangsang Metabolisme
Apabila anda menggunakan air yang sangat sejuk ketika mandi, ia dapat membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma badan anda dan seterusnya meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar kalori.
Melicinkan Kulit
Mandi dengan air sejuk dapat membantu untuk melicinkan kulit anda. Air sejuk juga dapat membantu untuk mengecilkan liang pori dan membuatkan kulit anda lebih tegang dan tampak awet muda.
Melegakan Otot
Mandi dengan air sejuk selepas rutin senaman yang intensif untuk menghindarkan kesakitan otot. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Kurangkan Tekanan
Kajian telah menunjukkan dengan berendam dalam air sejuk- tidak kira mandi di bawah pancuran air sejuk, berendam di dalam tub ais atau berenang di lautan dapat mengurangkan paras asid urik dalam badan. Asid urik adalah penyumbang utama kepada tekanan.
Mimpi Indah
Ramai yang berpendapat untuk dapatkan tidur yang nyenyak, anda harus mandi dengan air panas tetapi sebenarnya air sejuk dapat membantu untuk melegakan tekanan dan seterusnya dapat membantu untuk merawat penyakit insomia.
The post 9 Manfaat Mandi Air Sejuk appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment