Setip wanita mahu mempunyai hubungan yang bahagia. Namun, seringkali mereka mengambil peranan lelaki dalam perkahwinan mereka dan ada juga yang sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri atas nama cinta.
Jelita senaraikan enam perkara yang wanita tidak patut lakukan untuk lelaki.
Cuba Untuk Menyelesaikan Masalah Lelaki
Walaupun suami anda mempunyai masalah kewangan atau masalah di tempat kerja, jangan cuba untuk menyelamatkannya dari masalahnya sendiri. Anda boleh membantu dalam mencari jalan penyelesaian tetapi biarkan suami anda selesaikan yang selebihnya. Jika anda kerap membantunya, anda akan hidup dengan pasangan yang sentiasa ragu-ragu, tidak berdaya dan takut untuk memikul tanggungjawab untuk masa depannya. Sentiasa ingat anda adalah seorang perempuan dan juga isteri bukannya pembantu yang harus mengendalikan segala-galanya.
Berikan Dia Hadiah Yang Mahal Sepanjang Masa
Ia adalah langkah yang terbaik sekiranya anda dan pasangan anda memberikan hadiah yang sama nilai pada satu sama lain. Memberikan hadiah yang mahal untuk orang kesayangan, terutama sekali apabila dia tidak boleh membalasnya dengan hadiah dengan nilai yang sama akan membuatkan si dia berasa janggal dan rendah diri. Selain itu, ia juga boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri sekiranya anda menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab maka kerana dia akan menggunakan cinta anda untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Menjadi Tempat Untuk Dia Bergantung
Tidak seperti wanita, lelaki tidak akan jatuh cinta pada wanita yang bersimpati pada dirinya. Sentiasa di sisi suami dari segi emosi dan fizikal tidak bererti hubungan anda dan suami anda itu begitu mendalam dan bahagia. Wanita yang bijak akan sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi kepada suaminya untuk mendapatkan pencapaian yang baru. Ini adalah rahsia kepada hubungan yang bahagia.
Katakan “Apa Yang Telah Saya Beritahu?”
Walaupun anda sentiasa betul 100%. tiada ada yang lebih provokatif daripada frasa “apa yang telah saya beritahu?” Dengan mengatakan ini, anda menunjukkan pada suami anda bahawa anda lebih bijak daripada dia dan ini akan membuatkan hubungan anda jadi tidak begitu baik. Setiap individu perlu merasa penting dalam hidup mereka. Menunjukkan penguasaan anda pada dirinya tidak akan membantu untuk membina hubungan yang harmoni.
Melepaskan Kerjaya Dan Kehidupan Peribadi Demi Lelaki
Hanya kerana wanita telah menemui cinta dalam hidupnya ini tidak bermakna dia perlu melepaskan rakan-rakan dan kerjayanya. Jika anda mengorbankan kehidupan peribadi anda utnuk menjaga keluarga anda, suami anda mungkin akan hilang minat dalam hubungan satu hari nanti. Anda boleh teruskan dengan kehidpan peribadi anda tetapi ingat jangan keterlaluan sehingga mengabaikan suami dan anak.
Mengubah Penampilan
Tampil cantik di depan suami itu adalah lumrah biasa bagi seorang isteri. Tetapi jika pasangan anda memberikan tekanan pada anda untuk mengubah penampilan anda secara drastik, maka anda tidak perlukan dia dalam hidup anda. Pada masa yang sama, jika suami anda meminta anda untuk mengubah sesuatu yang boleh anda setujui dengan mudah, lakukannya dan jangan degil. Ia tidak akan menyebabkan kerosakan dalam hubungan anda, tetapi sebaliknya ia akan mengukuhkan hubungan emosi anda bersama suami.
The post 6 Perkara Yang Wanita Tidak Patut Lakukan Untuk Lelaki appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment