5 Kesalahan Yang Perlu Anda Elakkan Dalam Penjagaan Rambut

Rambut adalah mahkota wanita yang menjadi keutamaan dalam kecantikan. Penjagaan rambut yang sempurna boleh memberikan anda rambut yang cantik dan sihat dan ia memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan imej yang unik dan menarik.
 

Gambar: INGimage


 
Jelita senaraikan lima kesalahan yang perlu anda elakkan dalam penjagaan rambut.
 
Memilih Syampu Yang Salah

Pemilihan syampu yang betul adalah penting untuk penjagaan rambut untuk mengelakkan dari kesan yang berbahaya. Pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.
 
Mencuci Rambut Anda Terlalu Kerap/ Tidak Kerap

Kekerapan mencuci rambut bergantung kepada faktor individu, seperti jenis rambut dan kualiti air yang digunakan. Jika rambut anda tergologn dalam kategori rambut berminyak, anda dinasihatkan untuk mencuci rambut anda sekali setiap satu atau dua hari.
 
Salah Cara Menggunakan Syampu

Sikat rambut anda dengan sempurna sebelum mula membasuh rambut. Kuantiti syampu yang digunakan bergantung pada panjang rambut anda. Berhati-hati untuk tidak menggunakan terlalu banyak syampu. Picitkan syampu pada telapak tangan anda, gosok tapak tangan anda sehingga berbuih. Kemudian, sapukan syampu ke akar rambut anda. Urut kepala anda dan pastikan anda hanya menggunakan hujung jari anda untuk mengurut kulit kepala (elak gunakan kuku kerana ia boleh mengakibatkan kulit kepala anda luka). Pastikan anda mengurut kepala anda sepanjang anda membasuh rambut. Ini akan memberikan manfaat kepada akar rambut anda.
 
Lupa Untuk Melembapkan Dan Menyuburkan Rambut Anda

Rambut anda akan kehilangan kelembapan dengan cepat. Anda boleh menggunakan pelembap khas dan masker rambut utnuk menangani masalah ini (pastikan bahawa produk yang anda gunakan tidak merosakkan jenis rambut anda) Gunakan balm sama ada secara serentak dengan syampu atau selepas membilasnya. Elakan balsem dari terkena kulit anda. Untuk masker rambut, anda tidak perlu untuk menggunakannnya lebih daripada sekali seminggu.
 
Suhu Air Yang Salah

Ramai yang sering menggunakan air panas apabila mencuci rambut. Ini adalah satu kesilapan yang serius. Air panas akan menyebabkan warna rambut anda tertanggal (bagi mereka yang mewarna rambut) dan juga akan mengakibatkan rambut anda berminyak. Adalah lebih baik jika anda menggunakan air suam kerana ia membantu utnuk menghilangkan kesan minyak, membuang kotoran dan meningkatkan peredaran darah. Lebih baik jika anda mencuci rambut anda mengguanakan air sejuk kerana ia membantu meransang peredaran darah pada akar rambut dan membuat rambut anda kelihatan licin dan berkilat.

The post 5 Kesalahan Yang Perlu Anda Elakkan Dalam Penjagaan Rambut appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment