Sebtu pasal perkahwinan, pasti kita membayangkan busana paling gah yang anda pernah pakai dan ia haruslah memberi keselesaan maksima pada si pengantin. Pelbagai jenis renda dan butiran dihimpunkan dalam satu busana dan kadangkala membuatkan persalinan anda menjadi berat dan sarat. Untuk anda yang lebih sukakan busana bersifat bersahaja atau minimalis, apa pilihan yang anda ada? Mari lihat beberapa jenis busana ringkas dari pereka fesyen luar dan dalam negara yang boleh anda ceduk untuk perkahwinan anda.
Koleksi Pronovias 2016
Jika dilihat pada busana ini, ia mungkin mengunakan satu atau dua fabrik namun memerlukan sedikit usaha dalam membuat potongan ‘cape’ yang cukup versatil ini. ‘Cape’nya yang bersifat berterbangan dan potongan dress polos mengikut badan sudah tentu tampak gah apabila digayakan.
Koleksi Mimpikita 2015
Siapa sangka pertembungan dua elemen iaitu top berlengan bersama skirt labuh berlisu boleh dijadikan helaian perkahwinan buat anda yang inginkan sedikit kelainan? Tidak semua elemen boleh digabungkan menjadi sebuah helaian menawan namun Mimpi Kita berjaya melakukannya.
Koleksi Alia Bastaman 2015
Pereka fesyen tanah air, Alia Bastamam sememangnya terkenal dengan gaya minimalis dalam setiap busana yang dipertaruhkan termasuklah koleksi bridalnya. Malah, fabrik yang digunakan sudah cukup anggun meskipun tanpa sebarang perincian digunakan. Tidak hairanlah para penggemar fesyen minimalis sentiasa menjadi peminatnya.
Koleksi Rizalman oleh Zalora
Pereka fesyen tanah air yang bergelar datuk, iaitu Rizalman sekali lagi bekerjasama dengan Zalora dalam menampilkan beberapa koleksi bridal khusus untuk anda yang mempunyai bajet sederhana dalam membeli busana perkahwinan. Antara koleksinya termasuklah baju kurung serba putih dengan sedikit perincian pada dada dan lengan terbelah untuk menampakkan renda tangan. Cukup bersahaja namun masih mengekalkan gaya elegan si pengantin!
The post 4 Fesyen Busana Pengantin untuk si Minimalis appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment