Siapa penggemar kimono disini? Jika dahulu kimono hanya digunakan sebagai pakaian tradisional masyarakat jepun kini ianya telah di ‘naik tarafkan’ gayanya dengan gaya yang lebih santai. Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang Jika kena dengan gayanya, kimono mampu mengubah elemen yang biasa kepada luar biasa dalam penampilan anda. Jadi tidaklah gaya anda sentiasa membosankan sepanjang masa. Jom kita ber’kimono’
Kimono dan denim
Anda boleh memilih tahap ketebalan kimono yang dimahukan. Sekiranya ingin memakainya untuk acara santai, kami mencadangkan anda mengambil kimono yang lebih nipis untuk memberi pengudaraan yang bagus pada diri anda.
Kimono dan skirt
Untuk suai padan skirt, seeloknya gayakan kimono bersaiz besar dengan fabrik sifon bersama skirt labuh potongan lurus. Sifatnya yang berterbangan sudah tentu membuatkan penampilan anda diperhatikan orang sekeliling. Cantik sekali!
Kimono dan palazo
Padanan kimono bersama palazo adalah pilihan yang cukup versatil. Sekiranya kimono anda mempunyai cetakan yang sarat, anda boleh gayakan ia bersama palazo yang mempunyai warna sedikti suram bagi mengimbangi tona kedua-dua warna.
Kimono labuh /dress kimono
Dress kimono sememangnya pilihan Jelita! Untuk tampil lebih anggun, anda perlulah memilih cetakan yang menampakkan aura yang luar biasa apabila memakainya. Kebiasaanya untuk dress labuh ini anda cuma memerlukan subang dan kasut tinggi sebagai pelengkap gaya dan ianya sesuai untuk acara malam. Untuk acara kasual pada sebelah siang, anda boleh memakai seluar sendat bersama kimono tanpa ikatan untuk menghasilkan efek berterbangan manakala untuk acara malam dengan menggunakan kimono yang sama ikat tali kimono pada pinggang bersama helaian kiri dan kanan dengan kemas. Jangan lupa kasut tumit tinggi!
The post 4 Cara Bergaya Dengan Kimono appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment