Sayang, Jom Peluk. Inilah Rahsia Awet Muda!

Saintis berpendapat, sentuhan dan pelukan suami dan isteri mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindak balas dalam tubuh ketika tertekan seperti kortisol dan adrenalin. Pelukan juga menyebabkan kelenjar pada otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram. Pelukan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan. Jadikannya suatu tabiat untuk menyatakan perasaan cinta dan kasih antara suami dan isteri.

03b71424

Pelukan ialah sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan ada kalanya diiringi dengan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain. Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka sangat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Cara memeluk pasangan:

  1. Pastikan apakah jenis pelukan yang hendak diberikan. Sama ada pelukan itu mesra, romantik, gurauan, kegembiraan, tahniah atau simpati.
  2. Lebarkan tangan dan senyumlah ketika memulakan pelukan. Bagi lelaki suka memeluk pinggang dan belakang isterinya dan isteri pula lebih suka memeluk leher dan bahu suami. Tarik dan rapatkan tubuh dan rasakan sentuhan pada dada, abdomen dan paha.
  3. Pelukan harus dilakukan dengan perasaan. Sesekali peluk erat dan rapat bagi menunjukkan kita selesa dengan suami atau isteri kita.
  4. Tukar posisi sama ada pelukan dari tepi, pelukan sambil duduk menonton televisyen. Boleh memeluk bahu sambil memegang tangannya.
  5. Yang penting, rasai kenikmatan dan keseronokan bersama. Tinggalkan semua fikiran yang mungkin menganggu, sama ada memikirkan pinggan yang belum dibasuh atau bunyi telefon bimbit.
  6. Peluklah suami atau isteri selama yang mahu, boleh jadi beberapa saat sehingga beberapa minit. Jika mampu, bolehlah peluk lebih lama sekiranya isteri berada dalam keadaan trauma seperti baru keguguran atau baru diragut begnya.
  7. Sambil memeluk, ucapkan kata-kata romantik, kata semangat, motivasi atau memujuk. Elakkan pelukan ala kadar yang mungkin memberikan mesej yang salah.

 

 

The post Sayang, Jom Peluk. Inilah Rahsia Awet Muda! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment