Risiko Hamil Kembar

Ramai pasangan menyimpan hasrat mahu melahirkan bayi kembar. Namun tidak semua tahu bahawan kandunagn jenis ini mempunyai risikonya. Dr Fauziah Mohd Hasan, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, memberi penjelasan mengenainya. Kandungan kembar dua, tiga dan sebagainya, adalah kandungan yang tidak normal dan mempunyai risiko tersendiri. Ramai yang inginkan kandungan kembar tanpa menyedari risiko yang mungkin dihadapi.

Parents At Home Cuddling Twin Baby Daughters In Nursery

Berikut adalah beberapa fakta tentang kandungan kembar:

1. Secara tabii kandungan kembar dua berlaku dalam  kadar 1 peratus, (1 :90), untuk kembar tiga (triplet) 1: 7000 kelahiran, manakala kembar empat (quadruplets)  1: 600,000 kelahiran . Kandungan kembar mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi semasa hamil (antenatal ), semasa bersalin serta selepas  bersalin, jika dibandingkan dengan kandungan normal ( hanya satu bayi  yang dikandung). Begitu juga dengan kadar morbidity dan kematian bayi kelahiran kembar juga lebih tinggi. Kadar kandungan kembar meningkat dengan penggunaan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kemandulan.

2. Wanita yang ingin hamil perlu mengambil asid folik bagi mengurangkan risiko kecacatan pada janin terutama pada tengkorak dan saraf tunjang. Oleh itu  amatlah penting sekali bagi ibu yang mengandung kembar mempunyai kadar asid folik yang mencukupi semasa hamil.

3. Oleh kerana kandungan kembar mempunyai lebih masalah semasa hamil, lawatan antenatal juga menjadi lebih kerap.

4. Mabuk dan muntah pada awal kandungan juga menjadi lebih teruk. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kadar hormone kehamilan. (HCG – human chorionic gonadotropin )yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kandungan biasa.

5. Ibu yang mengandung kembar kerap mengadu sakit belakang terutama apabila masuk trimester kedua. Mereka juga mendapati masaalah gastrik yang lebih teruk. Semua masalah ini disebabkan pembesaran rahim yang agak besar, kerana terpaksa memuatkan dua janin.

6. Kadar keguguran juga lebih tinggi daripada kandungan biasa. Oleh itu ramai ibu mengalami pendarahan pada awal kandungan. Amat penting untuk datang berjumpa doktor apabila berlaku pendarahan pada awal kehamilan terutama jika terdapat kesakitan  pada masa yang sama.

7. Berat badan bertambah dengan lebih banyak bagi kandungan kembar. Lazimnya tambahan berat badan untuk kandungan biasa ialah 12 kg, manakala untuk kandungan kembar, purata tambahan berat badan ibu ialah sebanyak  16 kg.

8. Risiko untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi ( pre eclampsia ) adalah lebih tinggi untuk kandungan kembar.

9. Risiko kelahiran pramatang adalah lebih tinggi bagi kandungan kembar. Kelahiran pramatang boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada bayi dan menjadi punca utama kematian bayi ( neonatal death). Menjadi satu cabaran untuk menahan kelahiran pramatang bagi ibu yang hamil kembar.

10. Kelahiran secara pembedahan lebih kerap bagi kandungan kembar, terutama jika kedudukan bayi tidak normal contoh kedudukan songsang atau melintang.

11. Risiko anaemia atau kurang darah merah lebih kerap bagi ibu yang mengandung kembar. Amat penting sekali bagi ibu mengambil makanan yang berzat, berkhasiat  dan yang tinggi kandungan zat besi. Ubat zat besi perlu diambil oleh ibu hamil tanpa cuai. Kadar haemoglobin haruslah normal sebelum ibu bersalin. Keadaan ini penting kerana mempunyai risiko untuk tumpah darah selepas bersalin. Tumpah darah boleh berlaku kerana saiz uri besar, saiz rahim yang besar dan rahim lambat mengecut selepas kelahiran uri.

Pendarahan yang banyak boleh berlaku dengan cepat dan boleh bahayakan nyawa ibu, terutama jika sebelum bersalin, ibu yang mempunyai masalah kurang darah merah.

Kandungan kembar bukan kandungan yang normal dan mempunyai banyak risiko terhadap janin dan juga ibu. Oleh itu dinasihatkan supaya jangan dengan sengaja mengambil ubat untuk hamil kembar. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat masalah. Jangan terlalu bergantung dengan fakta daripada media sosial, kerana kita diajar untuk bertanya kepada orang yang arif dalam bidangnya.

The post Risiko Hamil Kembar appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment