Pakaian Pengantin Tradisional Yang Menarik Dari Seluruh Dunia

Berkahwin adalah satu peristiwa penting dalam kehidupan setiap orang. Perkara penting dalam persediaan majlis perkahwinan ialah gaun pengantin itu sendiri. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menyediakan gaun pengantin yang sesuai. Di kebanyakkan negara, pengantin perempuan dan lelaki akan memakai pakaian pengantin tradisional yang mencerminkan kepercayaan agama serta adat tempatan.
 
Jelita senaraikan pakaian pengantin tradisional yang menarik dari seluruh dunia.
 

 
Bulgaria

Adat-adat perkahwinan di rantau Ribnovo Bulgaria dipengaruhi oleh tradisi Islam. Majlis perkahwinan biasanya akan berlangsung  selama lima hari. Biasanya majlis perkahwinan di Bulgaria ada banyak nyanyian dan tarian. Pada hari kedua pula, muka pengantin perempuan akan dicat putih dan dihiasi dengan manik-manik.
 

 
Turki

Di Turki, sebelum pengantin perempuan meninggalkan rumah orang tuanya untuk ke majlis perkahwinannya, abang atau pak cik kepada pengantin perempuan akan mengikat reben merah di pinggangnya. Merah itu melambangkan kebahagiaan, nasib yang baik dan kesucian.
 

 
Sri Lanka

Di Sri Lanka, pakaian pengantin perempuan menggabungkan tradisi dari Timur dan Barat. Pengantin perempuan akan memakai pakaian sari yang diperbuat daripada sutera dan juga veil. Perhiasan pula harus merangkumi berlian atau batu dalam nombor ganjil. Ini kerana nombor ganjil dianggap bertuah.
 

 
Indonesia

Setiap pulai di Indonesia mempunyai tradisi tersendiri untuk pakaian pengantin. Pengantin perempuan biasanya akan memakai pakaian pengantin dengan warna terang dengan sulaman berat.
 

 
Pakistan

Pengantin perempuan di Pakistan akan memakai pakaian pengantin dalam warna merah, merah jambu atau ungu. Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan turut memakai perhiasan di kepala yang diperbuat daripada manik dan reben kapas untuk menutup wajah pengantin.
 

 
India

Pengantin di India akan memakai pakaian tradisional lehenga choli yang berwarna merah. Pengantin perempuan juga akan menambah 16 aksesori dan permata mengikut kepercayaan Solah Shringar (ritual kecantikan pengantin).
 

 
Nubia

Di negara Nubia, pengantin akan memakai veil untuk menyembunyikan wajah mereka di sebalik veil tersebut. Mereka juga turut menggunakan tudung putih untuk menutup rambut mereka.
 

 
Eritrea

Pakaian pengantin tradisional bagi rakyat Eritrea termasuklah mahkota yang diperbuat daripada baldu gelap dan pakaian ungu dengan sulaman emas. Pakaian pengantin perempuan sama biasanya sama dengan pengantin lelaki.
 

 
Republik Tuva, Russia

Bagi masyarakat Tuva, pakaian pengantin tradisional mereka akan mencerminkan gaya hidup nomad. Pakaian pengantin tradisional masyarakat Tuva direka untuk keselesaan menunggang kuda. Ia diperbuat daripada kain berwarna cerah dan ia juga dihias dengan cantik.
 

 
Tibet

Di Tibet pula, pengantin lelaki akan membawa pakaian pengantin dan aksesori kepada pengantin perempuan pada malam hari perkahwinan. Pakaian yang dihantar termasuk perhiasan kepala, syiling perak untuk rambut dan logam Buddha yang diperbuat dairpada logam.
 

 
Palestin

Untuk majlis perkahwinan yang rasmi di Palestin, pengantin perempuan akan memakai gaun pengantin putih yang cantik tetapi pengantin perempuan di Palestin harus mempunyai gaun kedua yang disulam tangan oleh ibunya.
 

 
Peru

Di ibu negara Peru, Lima, pengantin akan memakai pakaian tradisional warna merah dan hitam dengan underskirts yang diperbuat daripada material kapas.
 

 
Jordan

Pakaian pengantin tradisional negara Jordan mempunyai unsur-unsur tradisi barat, di mana pengantin akan memakai pakaian pengantin moden berwarna putih dan dipadankan dengan perhiasan emas ataupun perak. Selalunya kepala pengantin perempuan akan ditutup dengan kain berwarna hijau. Warna hijau melambangkan pertumbuhan, keharmonian dan keselamatan di Jordan.
 

 
Somali

Di Mali, pakaian pengantin perempuan dipanggil sebagai ‘Kaftan’ dan warnanya sama dengan dashiki- pakaian longgar yang biasanya dipakai oleh pengantin lelaki. Pasangan pengantin di Mali biasanya akan memilih pakaian pengantin berwarna putih, lavender dan ungu.
 

 
Korea

Selama beribu-ribu tahun, pengantin di Korea akan memakai pakaian tradisional yang dipanggil ‘Hanbok’ (Korea Selatan) atau ‘Joseon-ot’ (Korea Utara). Pakaian tradisional ini terdiri daripadaa blaus lengan panjang dengan skirt high-waisted yang  dibuat daripada material kapas atau sutera.
 

 
Jepun

Pengantin perempuan di negara Jepun akan memakai kimono putih dan turut memakai perhiasan kepala yang diperbuat daripada sutera khas yang dipanggil ‘tsunokakushi’. Fungsinya adalah untuk menutup ‘tanduk cemburu’ pengantin perempuan iaitu sifat ego dan pentingkan diri seorang wanita, Perhiasan kepala ini adalah lambang keazaman pengantin perempuan untuk menjadi isteri yang lemah lembut dan patuh pada suami.
 

 
Nigeria

Pengantin dari Nigeria akan mengenakan blaus rona terang yang dipadankan dengan renda dan kaftan yang bercorak. Pakain pengantin negara Nigeria biasanya dibuat daripada kain India. Penampilan pengantin akan dilengkapkan dengan topi yang dihiasi dengan manik Coral.
 

 
Chechnya

Di Chechnya, pengantin perempuan akan mengenakan gaun putih yang dihiasi dengan kerongsang dan tali pinggang. Gaun itu mesti menyembunyikan keseluruhan badannya, melambangkan penghormatannya. Kepala pengantin perempuan akan ditutup dengan selendang putih.
 

 
Iraq

Pengantin di Iraq paling mementingkan percubaan untuk menetapkan rekod untuk jumlah penukaran pakaian pengantin yang paling tinggi. Sepanjang majlis perkahwinan, pengantin berjaya untuk memakai sehingga tujuh helai pakaian pengantin dengan warna yang berbeza. Merah melambangkan kasih sayang dan cinta.
 

 
Itali

Pengantin di Itali pula percaya bahawa hijau membawa nasib yang baik, jadi mereka sering memakai pakaian berwarna hijau atau mengenakan aksesori berwarna hijau, walaupun putih masih lagi warna yang paling popular.
 
Gambar: Sumber Google

 

The post Pakaian Pengantin Tradisional Yang Menarik Dari Seluruh Dunia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment