Lelaki Teragung Menang Anugerah Juara Lagu Ke 31


 
Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 31 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam. Acara berprestij itu dihoskan oleh empat personaliti TV yang cukup popular iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM).
 
Anugerah Juara Lagu menjadi perhatian hiburan tanahair berikutan anugerah ini menobatkan karya muzik terbaik sebagai juara selain daripada persembahan mantap daripada para finalis AJL31. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan di malam Juara Lagu ke- 31 yang bertemakan Careita Dalam Lagu.
 
Kesemua persembahan terakhir AJL 31 telah diadili oleh barisan juri professional manakala untuk kategori Persembahan Terbaik, pemenang ditentukan oleh undian peminat yang dibuka secara atas talian.
 
Lagu Lelaki Teragung hasil ciptaan komposer Natasha dan penulis lirik oleh Iman Imran, nyanyian Dayang Nurfaizah, telah berjaya merangkul juara pada malam kemuncak AJL31 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
 
Selain itu, Dayang Nurfaizah sekali lagi merangkul trofi Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.
 
Naib Juara pula dimenangi oleh gandingan mantap Misha Omar dan Hafiz Suip menerusi lagu duet, Terimaku Seadanya hasil ciptaan Ajai. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,00 dan trofi.
 
Manakala tempat ketiga pula berpihak kepada Projector Band dengan lagu Sudahku Tahu ciptaan sepenuhnya oleh Razif dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi.
 
Persembahan Khalifa menerusi lagu Hang Pi Mana berjaya meraih perhatian penonton apabila berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 12,000 berserta trofi.
 
Tahniah buat semua pemenang AJL 31. Berikut adalah senarai penuh pemenang AJL31:
 
Lelaki Teragung- Dayang Nurfaizah (Juara AJL31/ Vokal Terbaik)
 

 

 
Terimaku Seadanya- Misha Omar dan Hafiz Suip (Naib Juara)
 

 
Sudah Ku Tahu- Projector Band (Tempat Ketiga)
 

 
Hang Pi Mana- Khalifah (Persembahan Terbaik)
 

 
Gambar: Instagram TV3

The post Lelaki Teragung Menang Anugerah Juara Lagu Ke 31 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment