Apabila anak anda berusia lebih kurang sembilan bulan hingga 14 bulan, mereka biasanya mempunyai koordinasi yang diperlukan untuk mengambil makanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya seolah-olah pegangan sepit (pincer grasp).
Pada peringkat ini, bayi sepatutnya biasa dengan makanan seperti bijirin nasi dan daging atau sayuran puri. Anda boleh terus menggalakkannya dengan memberi finger food seperti potongan kecil betik atau pisang yang boleh dipegang dengan jarinya dan dimakan sendiri. Anda juga boleh memberikannya sudu bayi supaya dia dapat belajar memegang atau bermain dengan sudu walaupun belum pandai menyuap.
Inilah masanya bayi anda bersifat ingin tahu dan mempunyai keinginan untuk merasa, menyentuh, memeriksa segala-galanya dan terangsang apabila dapat menggunakan sudu dan garpu. Bagaimanapun, anda juga perlu mengambil kira kemahiran motor dan peringkat perkembangan seorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada mereka menerima makanan pejal.
Tanda bayi bersedia untuk makanan pejal termasuklah, dia boleh duduk stabil, memasukkan objek ke dalam mulutnya, mula mengunyah dan memegang payu dara atau botol ketika menyusu.
Tip galak bayi:
- Melekitnya! Berikan makanan separa melekit seperti keledek lecek yang tidak mudah jatuh daripada sudu. Ini meningkatkan kejayaan mereka menyuap sendiri. Makanan mudah jatuh mungkin menyebabkan bayi putus asa.
- Puji usaha anak. Bina keyakinan mereka dengan memuji percubaannya menggunakan sudu. Gunakan komen yang boleh menggalakkan kemajuan seperti, “Wah, pandainya anak mama guna sudu.”
- Jangan paksa jika dia masih belum bersedia. Ketepikan sudu dan cuba semula beberapa minggu lagi.
- Jadilah teladan yang baik. Bayi sering memerhatikan cara anda menggunakan perkakas makan. Oleh itu, gunakannya secara betul.
- Jangan marah jika tempat menjadi kotor. Letakkan lapik lantai di bawah kerusi tinggi bayi untuk mengurangkan kerja pembersihan. Gunakan alas dada bayi agar bajunya tidak kotor.
- Perkenalkan cawan sedut berisi air atau susu bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan juga penyuapan sendiri.
- Perkakas makan yang digunakan perlulah bebas plumbum, bebas PVC dan bebas BPA. Membenarkan anak menyuap sendiri memerlukan kesabaran dan masa. Pastikan mereka tidak bersendirian sewaktu makan kerana takut tercekik. Bersabar, berkreatif dan nikmatilah setiap saat si kecil melalui proses ini.
The post Galakkan Si Kecil Untuk Makan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment