EH! Promosi Februari 2017

b.liv

MENANG!

b.liv Smooth ‘Em Pores

BERNILAI RM6,021.40

 

Proses pembaharuan kulit menjadi lambat disebabkan oleh penuaan. Untuk menangani hal ini, b.liv memperkenalkan tiga produk terlaris yang digabungkan
untuk memberi anda kulit yang licin sempurna! b.liv Smooth ‘Em Pores terdiri daripada Off with those heads merupakan gel sebum yang berfungsi untuk menyingkir bintik-bintik hitam dan putih tanpa picitan yang menyakitkan. Ia juga menghalang ia daripada muncul di kulit muka anda lagi. Gel ini juga turut membantu dalam merapatkan liang-liang pada muka anda dan membolehkan pengeluaran tenaga justeru menghapuskan jeragat. Glow and shine membantu untuk mengelupaskan kulit yang tidak sihat ataupun berparut lantas menjadikan kulit tampak lebih halus. Ia juga mencerahkan dan menyerikan wajah kusam dan ton yang tidak sekata. Charcoal oil-blotters pula membantu untuk mengekalkan sinar dan seri pada wajah anda.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2017

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Beauty and The Beast

MENANG!

Tiket bermusim dan barangan edisi “Beauty and The Beast”

BERNILAI RM9,650

 

‘Beauty & The Beast’, cerita animasi gaya sinematik yang menakjubkan menjadikannya antara animasi klasik keluaran Disney yang disukai ramai. Kini kisah klasik ini diolah menjadi live action musical yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 Mac. Kisah dongeng ini menceritakan tentang seorang wanita muda (Emma Watson) mengambil tempat ayahnya menjadi banduan dalam istana seekor raksasa jadian yang sebenarnya merupakan seorang putera kacak (Dan Stevens) hidup dibawah sebuah sumpahan. Walaupun berada di dalam ketakutan, Belle menjalinkan persahabatan dengan kakitangan istana yang turut berada dibawah sebuah sumpahan dan kerana sifatnya yang baik hati, dia ingin mengenali raksasa jadian itu dengan lebih rapat lagi. Filem ini diterajui oleh pengarah Bill Condon dan turut dibintangi oleh Luke Evans, Kevin Kline, Josh Gad, Ewan McGregor, Stanley Tucci, Gugu Mbatha-Raw, Audra McDonald, Hattie Morahan, Nathan Mack with Ian McKellen and Emma Thompson.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2017

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Claude Bernard

MENANG!

Jam tangan Claude Bernard Aquarider

BERNILAI RM5,946.60

 

 

Claude Bernard, pengeluar jam tangan inovatif di tengah pergunungan Jura, Switzerland menggabungkan kemahiran pembuatan jam tradisional dengan reka bentuk eksklusif dan sentuhan ekstravanganza. Claude Bernard Aquarider adalah jam tangan yang sporty dan tahan lasak khusus untuk aktiviti sukan air seperti jet ski. Pada diameter 44m, jam tangan ini bukan sahaja dihiasi dengan bekas yang padat malah mempunyai bezel hitam bersaiz besar yang berputar untuk penglihatan yang maksimum, memberikan sifat yang kuat dan lasak.  Namun begitu, reka bentuknya yang klasik cukup sesuai untuk digayakan ke pejabat. Jam tangan Claude Bernard Aquarider ini juga tahan air sedalam 220 meter dan sangat sesuai untuk pencinta sukan air kerana jam tangan ini dapat memberi semangat apabila anda sedang beraksi. Tidak lupa juga jam tangan emas klasik Claude Bernard yang bukan sahaja menyerlah pada musim perayaan malah menampilkan elemen elegan kerana reka bentuknya yang nipis terletak cantik pada pergelangan tangan anda.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2017

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

Skeyndor

MENANG!

Skeyndor AQUATHERM Hydration Kit

BERNILAI RM6,135

Rangkaian Aquatherm direka untuk mengimbangi dan memulihkan pertahanan semula jadi kulit. Ia juga membantu kulit yang
menghadapi perubahan kelembapan mengikut cuaca. Produkproduk ini didatangkan dalam saiz kecil, kurang 100ml khusus untuk mereka yang sering berpergian atau mengembara. Antara produk rangkaian ini adalah Cleansing Micellar Water (100ml), yang berkesan untuk membersihkan kotoran menggunakan air panas semula jadi dan minyak kacang macadamia. Rebalancing Gentle Cream F1 (20ml), direka untuk mengukuhkan kulit dengan rizab air dalaman bagi membantu kulit mendapatkan kembali keseimbangan semula jadi sesuai untuk kulit yang berminyak. Natural Defence CC cream (20ml) ini pula mengandungi asid hylauronic dan vitamin C untuk liputan asas cahaya dengan manfaat krim harian.

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2017

 

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

The post EH! Promosi Februari 2017 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment