Drama HyppTV Syurgaku Tak Sempurna Mula Tayang Hari Ini


 
Jika anda inginkan drama yang lain daripada yang lain dengan plot atau jalan cerita yang menarik sehinggakan anda tidak mahu berganjak daripada kaca televisyen, pastikan anda tukar ke HyppTV Sensasi (Saluran 116) untuk menyaksikan drama ‘Syurgaku Tak Sempurna’ yang akan ditayangkan bermula hari ini pada jam 9 malam.
 
Drama arahan Michael Ang dan skrip yang ditulis Ayuni Zamani ini akan berlangsung selama 30 episod dan akan mula ditayangkan di kaca televisyen bermula hari ini, 16 Januari 2017 pada jam 9 malam ini. Drama ini turut menampilkan barisan pelakon yang berbakat seperti Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Aedy Ashraff dan ramai lagi.
 
Shah Iskandar memegang watak sebagai Tengku Zarif , seorang jejaka dari keluarga berada yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung. Ini adalah pertama kali Shah Iskandar memengang watak lelaki yang memperisterikan dua orang wanita.
 
Jikalau sebelum ini anda sering melihat Raja Ilya memegang watak antagonis, kali ini Raja Ilya akan membawa watak yang berbeza dengan dramanya sebelum ini. Raja Ilya akan melakonkan watak Zalia, seorang gadis kampung yang berkahwin dengan Tengku Zarif namun dibenci oleh ibu mertuanya, Tengku Zahara. Watak Zalia akan berubah daripada gadis kampung yang baik hati kepada gadis yang sanggup melakukan apa sahaja apabila dia kehilangan anaknya dalam satu kemalangan dan kemudian suaminya pula berkahwin dengan wanita lain.
 
Uqasha Senrose pula memegang watak sebagai Fariena yang juga sahabat kepada watak Tengku Zarif dan akhirnya menjadi isteri kedua kepada Tengku Zarif. Fariena digambarkan sebagai seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Tengku Zarif, anak yang manja dan sering mendapatkan apa sahaja yang diinginkan. Namun, semuanya akan berubah apabila dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkannya lumpuh.
 
Sesetengah episod drama hasil terbitan DarkWave Pictures Sdn Bhd ini telah menjalankan penggambaran di Yogyakarta dan turut menampilkan pelakon Indonesia. Bagi anda yang meminati Cakra Khan boleh mendengarkan lagunya, ‘Mencari Cinta Sejati’ yang telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama ini.
 
Jangan lupa untuk saksikan drama ‘Syurgaku Tak Sempurna’ pada jam 9 malam nanti di saluran 116 hanya di HypptTV Sensasi.
 

The post Drama HyppTV Syurgaku Tak Sempurna Mula Tayang Hari Ini appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment