Cara Tambat Hati Si Dia

Hati suami juga kadangkala rapuh seperti kaca. Tanpa sedar, ada kalanya suami akan mudah terasa hati dengan tingkah laku dan percakapan kita. Cara terbaik, segera memohon maaf. Namun, menurut pakar motivasi popular, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, masih ada banyak cara lain yang boleh anda praktikkan bagi menawan hati suami saban hari. Cara ini jika diamalkan selalu mempu mengharmonikan rumah tangga dan mengeratkan hubungan suami isteri yang kian pudar. 

  1. Berdoa agar disayangi. Mohon pertolongan dari Allah kerana Dia yang menggerakkan hati setiap manusia.
  2. Tegur dan sentuh suami sebelum menyambung kerja rumah lain apabila dia pulang ke rumah.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatannya sepanjang hari. Itupun jika dia dalam mood sesuai.
  4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya soalan yang tepat.
  5. Usah tergesa-gesa menyelesaikan masalahnya.
  6. Beri suami masa berkualiti untuk dia melakukan aktiviti kegemaran, sekurang-kurangnya 30 minit.
  7. Tanya ibu mentua atau adik beradiknya mengenai hadiah kesukaan suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati atau ketika memujuk.
  8. Masak makanan kegemarannya. Tawan hati suami melalui perutnya.
  9. Beri pujian, terutama sekali penampilan suami seperti wajah, rambut dan pakaian. Suami juga seperti wanita yang suka dipuji. Barulah dia rasa bangga.
  10. Segera pujuk suami apabila dia marah atau berkecil hati. Jika marah, tunggu sehingga kemarahan reda sedikit. Jangan sesekali salahkan dirinya.
  11. Jika dia beritahu akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana tidak lupa memaklumkan anda.
  12. Apabila dia minta bantuan, buatlah dengan serta-merta, seikhlas hati serta gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
  13. Ucapkan kata-kata sayang atau romantik dan peluk dirinya setiap hari. Suami juga ingin dimanja.
  14. Sewaktu suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa-apa sahaja tugas yang anda sedang lakukan. Tunjukkan kepadanya yang anda mengambil berat.
  15. Sekiranya memesan barang kepada suami yang ingin ke kedai, buat senarai pada kertas. Jangan biarkan dia penat berulang-alik ke kedai. Dia boleh naik angin mahu melayan anda.
  16. Tanya dia jika dia ingin berehat atau tidur. Sediakan tempatnya beristirehat supaya lebih selesa.
  17. Gunakan perkataan yang sesuai dan berlemah lembut jika ingin mendapatkan bantuan suami bagi melakukan kerja rumah. Goda dia supaya anda dapat apa yang diinginkan,.
  18. Pesan supaya dia sentiasa menghubungi rumah. Jangan pula melenting jika dia tidak sempat berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau akan keselamatannya.
  19. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum ke kamar tidur barulah dia terpikat.
  20. Sokong pendapatnya walaupun pendapatnya berbeza dengan orang lain. Tidak salah menjaga hati si dia selagi ia tidak bercanggah dengan agama.

 

The post Cara Tambat Hati Si Dia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment