Cara Rawat Selesema Bayi Biar Cepat Baik

Selesema yang berpunca daripada alahan selalunya tidak disertai dengan demam. Manakala selesema virus menyebabkan jangkitan pada bahagian hidung dan kerongkong. Bayi mempunyai daya ketahanan yang tidak kuat melainkan dibantu penyusuan ibu.

Antara simptom selesema virus termasuklah demam melebihi 38° C, batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Bagaimanapun, selesema berkurangan selepas tiga hingga 10 hari.

Tip mengatasi masalah selesema bayi:

  1. Selain memberikan susu ibu, galakkan ahli keluarga lain membasuh tangan sebelum dan selepas bermain dengan anak puan yang menghidap selesema.
  2. Galakkan suami agar berhenti merokok atau sekurang-kurangnya merokok di luar rumah.
  3. Perhatikan makanan yang menyebabkan si kecil alahan. Pastikan rumah sentiasa bersih daripada sebarang habuk dan kotoran.
  4. Bagi bayi dan kanak-kanak melebihi umur setahun dan aktif, masih boleh makan, minum serta tidak mempunyai demam tinggi, pastikan mereka minum air secukupnya, sama ada susu atau minuman jus bagi anak berumur lebih dua tahun.
  5. Bagaimanapun, jika kurang usia setahun, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor dengan segera jika selesema melebihi dua minggu atau beserta dengan sakit telinga, demam yang tinggi, tidak aktif, sukar bernafas, pernafasan berbunyi, batuk berlarutan atau mengeluarkan lendir hingus hijau pekat. Elakkan membeli ubat dari farmasi.
  6. Jika suhu badan mereka agak panas dan tidak selesa, berikan ubat paracetamol dengan dos yang betul.
  7. Ketika tidur, anda boleh tinggikan kepala tilam untuk melegakan hingus yang meleleh. Jangan gunakan bantal bagi mengelak bahaya mati kelemasan.
  8. Berikan sapuan menthol bagi  melegakan pernafasan. Jika lendir hingus pekat, anda boleh titiskan normal saline ke dalam hidung si kecil setiap jam bagi mencairkannya. Selepas hingus cair, anda boleh menyedutnya menggunakan alat khas (nasal aspirator).
  9. Pasang alat pengewapan yang kecil (humidifier) di dalam bilik tidur. Wap yang keluar apabila dihidu mampu mencairkan hingus.
  10. Cara lain ialah mandi air suam bagi tujuan yang sama. Elakkan mandi air sejuk yang boleh menyebabkan lebih banyak lendiran hingus keluar.

 

The post Cara Rawat Selesema Bayi Biar Cepat Baik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment