Kebanyakan wanita di Asia tampak lebih muda daripada usia sebenar. Pada usia 40 tahun, mereka boleh kelihatan seperti usia 20 tahun. Ada sesetengah yang menganggap wanita Asia kelihatan muda kerana kecantikan semula jadi yang dikurniakan sejak azali malah ada yang percaya ia adalah hasil daripada penjagaan wajah yang rapi.
Jelita kongsikan tujuh rahsia kluit flawless yang diamalkan oleh wanita di Asia.
Gunakan Kaedah “4-2-4” Apabila Mencuci
Kebanyakan wanita Asia menggunakan kaedah “4-2-4” ketika mencuci muka. Empat minit digunakan untuk menyapukan minyak hydrophilic pada kulit muka, kemudian, dua minit digunakan untuk cuci wajah dengan krim dan akhir sekali, empat minit terakhir digunakan untuk membilas wajah dengan air. Proses pembersihan ini dikenali sebagai pembersihan dua peringkat.
Gunakan Span Konjac
Untuk membersihkan kulit anda dengan berhati-hati, anda boleh menggunakan span konjac khas. Span ini diperbuat daripada akar tumbuhan konjac. Seblum menggunakannya, rendamkan span ke dalam air suam untuk melembutkannya. Kemudian , perah sedikit air dan mula bersihkan wajah anda dengan menggunakan pergerakan bulatan, bermula dari dahi dan bergerah ke bawah dagu.
Bersihkan Wajah Secara Menyeluruh Seminggu Sekali
Wanita di Asia dikatakan telah menggunakan 17 produk kecantikan untuk menjaga kulit wajah! Semua produk kecantikan hendaklah digunakan mengikut turutan berikut: pertama, sapukan produk-produk yang mempunyai tekstur yang ringan, diikuti dengan produk yang mempunyai tekstur yang berat dan diakhiri dengan emulsi atau krim yang mempunyai tekstur yang sangat tebal. Dengan cara ini, kulit anda akan dapat menyerap bahan-bahan pemulihan yang terkandung di dalam produk kecantikan tersebut.
Lindungi Wajah Daripada Sinaran Ultraviolet Sepanjang Tahun
Wanita-wanita di Jepun sering menggunakan cermin mata hitam atau membawa payung walaupun di saat cuaca mendung. Ternyata ini bukanlah sekadar kenyataan fesyen tetapi juga sebagai salah satu cara untuk melindungi kulit daripada sinar matahari yang boleh memberi kesan kepada kulit walaupun pada hari mendung. Ramai wanita Asia yang turut menggunakan krim SPF untuk melindungi diri daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh cahaya matahari.
Gunakan Air Beras Untuk Kulit Yang Cantik
Berabad-abad lamanya, wanita di Asia menggunakan air beras untuk meningkatkan kecantikan kulit dan rambut. Kerap cuci muka anda dengan air beras akan menjadikan kulit lembut dan mudah dibentuk dan juga meningkatkan warna dan nada kulit anda. Air beras juga boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan rambut anda. Ia boleh digunakan sebagai air untuk membersihkan syampoo rambut.
Tambahkan Pudina Dan Teh Hijau Pada Produk Kosmetik Anda
Daun pudina dan teh hijau adalah salah satu senjata wanita Asia dalam rutin penjagaan wajah mereka. Dua bahan ini banyak terkandung di dalam produk kecantikan seperti topeng muka, krim anti-penuaan, emulsi, minyak dan sebagainya. Jika anda kerap menggunakan daun pudina dan teh hijau, ia akan menjadikan kulit anda lebih sihat dan anda akan tampak lebih bersinar.
Gunakan Produk Kecantikan Dalam Bentuk Buih
Kebanyakan wanita Asia mengelak dari menggosok produk kecantikan terus ke kulit. Sebaliknya, mereka akan menyapu dalam dabs yang ringan. Ini dapat membantu menguatkan aliran darah ke kulit dan seterusnya menguatkan proses pemulihan dan membantu dalam proses anti-penuaan. Ada juga wanita Asia yang mengelakkan menyapu buih daripada krim kecantikan terus pada kulit wajah. Mereka menggunakan beg bersih yang direka khas untuk tujuan membuat buih. Mereka akan menenggelamkan muka mereka terus ke dalam beg yang berbuih itu.
The post 7 Rahsia Kulit Flawless Wanita Asia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment