Sosial media adalah medium yang sering digunakan selebriti untuk berhubung dengan para peminat dan melalui sosial media jugalah peminat dapat mengintai kehidupan selebriti kegemaran mereka. Tetapi di kalangan selebriti-selebriti ini siapa yang paling berpengaruh dalam
Sebuah syarikat analitik, D’Marie telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu sistem metrik untuk mencartakan selebriti-selebriti ini dengan menggunakan “satu algoritma yang mengumpulkan lebih 24 metrik yang spesifik daripada setiap landasan media sosial yang menentukan kedudukan individu dalam apa jua kategori.”
Dalam erti kata lain, mereka telah menentukan selebriti yang paling berpengaruh di semua platform media sosial. Jelita senaraikan 10 selebriti paling berpengaruh di sosial media. 1. Kylie Jenner
Usia muda bukan satu penghalang buat adik kepada supermodel terkenal, Kendall Jenner untuk menempah nama bukan sahaja dalam industri hiburan bahkan juga dalam industri fesyen dan juga kecantikan. Kylie juga tersenarai dalam 10 selebriti yang paling banyak pengikut di Instagram jadi tidak hairanlah jikalau dia menduduki tangga teratas dalam senarai ini.
The post 10 Selebriti Paling Berpengaruh Di Sosial Media appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment