Gambar: Instagram Uqasha Senrose
Tindakan Uqasha Senrose yang membuka tudung pada penghujung Ogos lalu mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya.
Laman sosial media milik Uqasha tidak pernah berhenti dengan komen dari peminat yang menggelarnya dengan panggilan negatif.
Bagaimanapun, cemuhan itu tidak meninggalkan sedikit pun kesan pada pelakon drama Tundukkan Playboy itu.
“Saya tidak tertekan dengan segala persepsi dan maklum balas yang diberikan peminat. Memandangkan ini adalah pilihan sendiri, saya perlu berani menghadapinya. Rutin harian saya berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan dan tidak pernah terlintas langsung untuk berkurung di dalam rumah dan saya tidak mahu lagi bersikap hipokrit dengan semua orang,”- Uqasha Senrose, Metro Online.
Sebelum ini, Uqasha turut mengakui jumlah pengikutnya di Instagram semakin bertambah setelah empat bulan kejadian dia mengambil keputusan untuk membuka hijabnya bahkan tiada lagi kata-kata cemuhan yang diterimanya.
The post Uqasha Senrose Tidak Kisah Dicemuh appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment