‘Sampah Orang Rezeki Kita’- Kisah Nenek Kutip Sumpah Untuk Cari Makan Demi Anak OKU & Cucu

5

Kita sebagai manusia tak pernah puas apa yang kita ada. Ada je benda macam tak cukup.. Sebab tu kita kena selalu rasa bersyukur sebab tak semua orang sama nasib dengan kita. Macam kisah nenek seorang ni, dia terpaksa buat kerja kutip sampah demi menyara anak dan cucunya.

Nenek yang bernama Nor Azian Yusof ni punyai 2 anak, seorang darinya merupakan OKU (Orang Kurang Upaya) dan lagi seorang ibu tunggal (ada 6 orang anak). Ikuti kisah nenek yang tabah ni. Semoga dimurah rezeki dan dapat ringankan beban nenek ni. Haih sedihnya

Terpaksa tolak troli sejauh 9km setiap 2 hari sekali

Menurut Harian Metro, Nor Azian atau lebih mesra dipanggil Umi, terpaksa mencari barangan yang boleh dikitar semula demi menyara hidup dua orang anak dan cucunya. Begitu lah pengorbanan seorang nenek tabah apabila sanggup menolak troli sejauh 9 kilometer setiap dua hari sekali untuk mencari botol plastik, tin aluminium termasuk di tong sampah.

Saya mempunyai dua anak perempuan. Seorang daripadanya Orang Kurang Upaya (OKU), seorang lagi ibu tunggal dan saya ada enam cucu yang perlu dijaga. Jika hanya mengharapkan pendapatan anak perempuan yang ibu tunggal itu tidak mencukupi.

Kos perbelanjaan susu anak OKU sudah RM350 sebulan, jika saya tidak cari botol atau tin bagaimana mahu makan dan beri cucu duit sekolah.

Cari sampah dengan cucu

Umi berkata bahawa dia mencari barangan kitar semula di sekitar Setapak dan Gombak, ditemani cucunya.

Cucu saya berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun. Oleh itu, empat cucu yang sudah bersekolah akan bergilir-gilir temankan saya untuk mencari botol plastik dan tin aluminium.

Bukan mudah untuk memenuhkan satu plastik sampah besar dengan barangan kitar semula itu kerana ia mengambil masa sehingga tiga ke empat hari. Apabila dijual, pendapatan yang saya dapat setiap minggu kira-kira RM40.

Tambahnya lagi, Umi akan bawa tiga plastik sampah yang berisi barangan kitar semula untuk dijual di sekitar rumahnya di Jalan Semarak.

Sekilo botol plastik dapat dijual dengan harga 60 sen manakala tin aluminium sekitar RM3.60. Alhamdulillah cukup untuk makan kami.

Sedih sampai cucu kena ejek

Tambah umi lagi, dia sedih sebab cucunya pernah diejek oleh kerana pekerjaan yang dilakukannya itu.

Saya sedih apabila orang hina cucu saya tetapi hanya nasihat yang mampu saya berikan.

Saya selalu ingatkan kepada cucu, sampah orang adalah rezeki kita. Jangan sesekali berasa malu kerana ia rezeki halal. Kita bukan minta sedekah, tetapi usaha sendiri dengan kudrat yang ada.

Walaupun hidup susah, Umi pernah lalui detik malang dan masih ada juga ingin ambil kesempatan di atas kesusahan keluarganya itu.

Kawan lelaki kepada anak perempuan saya pernah memberhentikan cucu saya sekolah dan membawa enam cucu saya ke Kelantan sebelum merancang menjual mereka di sana.

Mujur anak perempuan saya menyedari niat jahat itu dan kini lelaki itu sudah ditangkap polis pada kejadian Oktober lalu.

Akhir sekali, Umi berkata bahawa biarpun terpaksa berkorban, bersusah payah, dia tetap akan terus bekerja demi mencari rezeki yang mencukupi untuk cucunya, sama seperti kanak-kanak lain.

Selagi saya ada, saya akan berusaha mencari rezeki untuk anak dan cucu saya, namun jika saya sudah tiada, harap cucu saya dapat berdikari.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Sampah Orang Rezeki Kita’- Kisah Nenek Kutip Sumpah Untuk Cari Makan Demi Anak OKU & Cucu appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment