Bra atau coli memang rakan karib wanita. Tapi adakah anda pasti ukuran dan saiz bra anda betul? Jom lihat bra jenis apa sesuai untuk saiz payudara anda.
Payudara Bersaiz Kecil
Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu menaikkan payudara untuk kelihatan lebih pada. Selain itu anda boleh pilih bra potongan half cup .
Payudara ke bawah
Payudara jenis ini amat penting untuk memilih bra yang mempunyai dawai bagi menampung payudara anda. Bra potongan cawan penuh (full cup) dan bertali lebar pada boleh memberi sokongan tambahan
Payudara Berposisi Jauh
Kebanyakkan wanita yang mempunyai payudara jenis ini sering keliru dan tidak tahu memilih jenis bra yang sesuai. Anda harus memilih bra yang memberi sokongan sisi pada kiri dan kanan anda yang boleh membantu merapatkan posisi payudara. Tali pada sisi kiri dan kanan juga perlulah lebar bagi memastikan ia selesa apabila dipakai.
Payudara Berposisi Rapat
Payudara jenis ini sememangnya menjadi pilihan setiap wanita. Mencari coli juga tidak susah. Anda boleh memilih bra yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.
The post Pilih Bra Anda Dengan Betul appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment