Petua Mudah Menghalau Semut, Lipas dan Cicak Di Rumah

iss_2374_02930

Gambar: INGimage


 
Serangga seperti semut, lipas dan cicak sering di jumpai di dalam rumah. Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudharatkan kesihatan jikalau dibiarkan. Penggunaan racun serangga dengan kerap tidak baik untuk kesihatan anda. Jelita kongsikan petua mudah untuk menghalau semut, lipas dan cicak di rumah anda.
 
Semut
 
1. Taburkan serbuk kunyit pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu  di dalam rumah.

2. Taburkan beberapa helai daun sirih yang sudah disiat-siat pada kawasan laluan semut atau di tempat di mana semut berkumpul.

3. Potong kain bersih seperti tali panjang kemudian celupkan ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dapur dan sebagainya.

4. Anda juga boleh menggunakan abu kulit telur yang dibakar dan taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.

5. Selain itu anda boleh juga menggunakan kulit timun dengan meletakkan kulit timun berdekatan dengan sarang dan laluan serangga itu.
 
Lipas
 
1. Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap yang dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet  dapur. Cara ini juga membantu untuk menyegarkan bau kabinet dapur anda.

2. Jangan buang pangkal dan hujung timun setiap kali anda memotong timun. Ia boleh digunakan untuk menghalau lipas. Letakkan pangkal timun itu di tempat yang ada banyak lipas.

3. Hiris nipis daun pandan dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

4. Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.

5. Sekiranya lipas membiak di dalam almari pakaian anda, anda boleh menggunakan sabun untuk menghalau lipas. Caranya mudah. Ambil sebuku sabun, lebih baik jika anda gunakan sabun yang kuat baunya. Potong sabun kepada saiz yang agak kecil dan taburkan di dalam almari terutamanya dalam laci.
 
Cicak
 
1. Cicak tidak suka akan bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elak cicak dari memasuki rumah anda.

2. Campurkan serbuk kopi dan serbuk tembakau di dalam sebuah bekas. Kemudian, ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di penghujung batang mancis dan pencungkil gigi tersebut lalu celupkan kedalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.

3. Cicak benci akan bau bawang putih dan bawang merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu. Anda juga boleh kisar bawang bersama sedikit air lalu sembur jus ini di sekeliling rumah.

4. Campurkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air. Semburkan campuran ini pada dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah kerana cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

5. Semburkan air pada cicak. Lagi sejuk air itu lagi baik kerana ia berkesan untuk melumpuhkan pergerakan cicak.

 

The post Petua Mudah Menghalau Semut, Lipas dan Cicak Di Rumah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment