Negara Yang Terkenal Dengan Wanita Cantik

Cantik itu subjektif. Setiap wanita mempunyai kecantikan yang unik dan berbeza-beza. Tahukah anda, terdapat beberapa buah negara  yang memiliki populasi tinggi wanita rupawan ini. Semua negara mempunyai wanita yang cantik dan menarik, namun ini adalah beberapa buah negara yang sering disebut-sebut akan kecantikan para wanitanya.

Brazil – Ramai supermodel terkenal dunia yang sering menghiasi pentas peragaan berasal daripada Brazil. Antaranya, Gisele Bundchen, Adriana Lima, Alessandra Ambrosio dan ramai lagi. Wanita di negara ini dikatakan mempunyai bentuk badan tinggi lampai dan wajah yang cantik.

 

India – Negara yang terkenal dengan dunia perfileman, Bollywood. Lihat sahaja pelakon- pelakon wanitanya, sinonim dengan memiliki rambut yang panjang, lebat dan hitam. Selain itu, mereka juga mempunyai sepasang mata yang  galak dan bundar. Malah, wanita daripada India pernah beberapa kali memegang gelaran Miss World seperti Aishwarya Rai ( Miss World, 1994) dan Priyanka Chopra (Miss World, 2000).

Korea Selatan  – Wanita di negara ini sinonim dengan memiliki raut wajah yang licin, mulus dan bibir kemerahan bak doll. Malah, mereka juga terkenal dengan beberapa teknik solekan yang kini menjadi ikutan semua, iaitu Solekan Ala Korea. Selain itu, kebanyakan wanita di negara ini juga bertubuh kecil dan kurus. Maka tidak hairanlah, anda menggagumi kecantikan yang dimiliki oleh barisan selebriti terkenal daripada Korea Selatan.

 

Jepun – Negara Jepun juga tidak terkecuali daripada memiliki populasi tinggi wanita cantik. Mereka mempunyai kulit yang putih dan bersih, dan bentuk badan yang kurus. Mereka juga mengamalkan minuman teh hijau, yang mana ia bagus untuk kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.

Venezuela – Terkenal dengan siri telenovela. Lihat sahaja barisan pelakon-pelakonnya. Wanita di negara ini mempunyai tona kulit dan warna mata yang kecoklatan.

Rusia –  Wanita daripada negara ini juga tidak terkecuali daripada memiliki ramai wanita rupawan. Mereka mempunyai bentuk badan yang langsing, tinggi lampai dan mempunyai rona mata biru yang indah.

Turki – Mempunyai ciri- ciri campuran Asia dan Eropah.  Mempunyai sepasang mata yang bundar dan galak, berkulit putih bersih, memiliki hidung yang mancung dan bentuk wajah yang bujur membuatkan wanita di negara Turki memiliki kecantikan  yang diidamkan ramai  wanita.

 

The post Negara Yang Terkenal Dengan Wanita Cantik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment