Bulan Disember membawa keceriaan buat mereka yang menyambut Hari Natal. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menyediakan sesuatu yang istimewa di bulan perayaan ini.
Bermula 24 November yang lalu sehingga 1 Januari 2017, Sunway Putra Hotel menawarkan variasi hidangan perayaan yang pastinya dapat memikat selera semua. Restoran Coffee House mereka menawarkan Christmas Eve dan New Year Eve Dinner Buffet pada harga RM158 nett untuk seorang, manakala Christmas Day dan New Year Day Hi-Tea berharga RM98 nett untuk seorang.
Antara menu yang boleh anda harapkan adalah Roasted Sausages Wrapped in Beef Slices, Beef Wellington, Oven Marinated Roasted Beef dan Roasted Turkey. Banyak juga pilihan hidangan pemanis mulut yang disediakan, contohnya Ginger Creme Brulee, Christmas Log Cake, Caramelised Festive Fruit Cake dan banyak lagi.
Chef Rossham, Executive Chef di Sunway Putra Hotel menegaskan bahawa pengunjung mesti mencuba lima hidangan utama yang ada iaitu:
- Roasted Roma Tomato Soup
- Pan-fried Turkey Medallions with Banana and Fruit Curry Sauce
- Texas Braised Beef Short Ribs
- Warmed Apple Crumble
- Christmas Pudding with Vanilla Sauce
Untuk maklumat lanjut, layari http://ift.tt/1hl0OvR.
The post Jamu Selera Hari Natal di Sunway Putra Hotel, KL appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment