Idea Merancang Majlis di Rumah

Mengadakan majlis keraian sama ada ulang tahun atau minum petang di rumah memang memerlukan banyak persediaan dan ketelitian. Paling penting, anda harus tahu berapa ramai tetamu yang mahu diundang dan tema majlis.

03b71495

Panduan berikut ini mungkin dapat membantu anda merancang majlis agar teratur, meriah dan menjadi kenangan indah buat keluarga juga tetamu.

1. Tema
Pilihan tema yang sesuai sama ada menarik, unik, classy atau ringkas. Sesuaikan juga dengan ruang rumah anda.

2. Bajet
Buat anggaran bajet sesuai keperluan, jangan sampai membazir dan berlebihan. Senaraikan bajet untuk makanan, minuman, dekorasi, sewa kerusi atau khemah dan lain-lain keperluan. Jangan bimbang, anda tetap boleh mengawal pengeluaran bajet jika berbelanja mengikut keperluan majlis. Tiada salahnya, jika ada sebahagian besar tetamu menawar diri untuk membawa makanan atau membantu anda menghias ruang majlis.

3. Dekorasi dan warna
Hiasi rumah dengan dekorasi yang sesuai tema pilihan. Pastikan anda mengambil kira warna dan jenis dekorasi yang sesuai dengan majlis. Hal paling ringkas sekalipun akan kelihatan berbeza. Misalnya, pemilihan warna reben, bunga, alas meja atau set pinggan mangkuk. Jika rumah anda ada halaman luas, boleh gunakan kawasan ini agar majlis menjadi lebih ‘hidup’.

4. Muzik
Muzik boleh membantu menceriakan majlis. Jadi, sediakan koleksi lagu pilihan yang sesuai untuk digunakan pada hari itu. Pilih jenis muzik yang boleh membangkitkan mood. Jika anda mahu lebih meriah, boleh cuba sewa band live tetapi pastikan jangan sampai menganggu ketenteraman jiran lain.

5. Minuman
Sediakan berbagai jenis minuman, termasuk minuman panas seperti kopi atau teh untuk menambah variasi.

6. Makanan
Tentukan pilihan makanan sesuai selera anda sama ada ala western, chinese, timur tengah atau BBQ. Pastikan juga makanan yang disediakan cukup untuk semua tetamu, sebaiknya penyediaan makanan dua kali daripada jumlah tamu. Jika ada makanan lebih, tetamu boleh membawanya pulang.

7. Makanan ringan
Sediakan kudap-kudapan kepada tetamu ketika mereka menunggu untuk hidangan utama. Pilihan makanan ringan yang boleh anda sediakan termasuk keropok, popia mini, kek cawan atau puding.

8. Hiburan
Rancang beberapa permainan dan hiburan untuk tetamu. Misalnya, mengadakan pertandingan karaoke, tetamu boleh menunjukkan kebolehan menyanyi. Tidak perlu sediakan hadiah lumayan kerana tujuan pertandingan hanya untuk memeriahkan majlis sahaja.

9. Momen indah
Rakam aksi menarik (kandid) untuk mengabadikan setiap momen sepanjang majlis berlangsung.

The post Idea Merancang Majlis di Rumah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment