Hadiah Hebat Jelita – Disember 2016

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai & Menang!

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:

Dapatkan Jelita edisi Disember 2016 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan

Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ

Semua pemenang akan diumumkan di laman web Jelita dan dihubungi melalui e-mel
 

 

Menangi 15 Produk Marysharon Bernilai RM356 Setiap Satu!

copy-ms-aqua-foundation

Marysharon menawarkan lebih 40 produk kecantikan dalam pelbagai kategori daripada penjagaan kulit, badan hinggalah ke nutrisi kecantikan. Sempena ulangtahunnya yang pertama, Marysharon melancarkan rangkaian kecantikan bernama Golden Series. Matlamatnya adalah membuat kulit anda kelihatan lebih cerah dan muda berbanding sebelum ini. Rangkaian ini terdiri daripada empat produk utama iaitu Marysharon VIP Luxury Mask, Marysharon Aqua Brilliance Mask, Marysharon Aqua Brilliance Foundation, Marysharon Golden BB Cushion. Bersesuaian dengan nama The Golden Series, ia bertujuan meningkatkan kecerahan dan keserian wajah. Produk terbaru ini terbukti berkesan dan kandungan bahan semula jadi yang digunakan membuatkan kulit anda lebih lembut, mendapat hidrasi diperlukan dan terpelihara.

 

 

Menangi 9 Produk Jurlique Bernilai RM604 Setiap Satu!

copy

Jurlique memperkenalkan koleksi terbaru sempena Perayaan Krismas. Jurlique percaya jika ianya membabitkan penjagaan kulit, kesihatan dan kesejahteraan,
alam semula jadi adalah jawapan buatnya. Pada Krismas ini, Jurlique menjemput anda untuk berkongsi keindahan alam semula jadi dengan mereka yang
anda sayangi. Di Jurlique, kebaikan produk semula jadi bukan sahaja menyuburkan kulit malah memberi kesedaran kepada kepentingan hidup. Ini juga diinspirasikan dengan slogan tahun ini Give Nature Bring Joy. Setiap set direka dengan teliti untuk meraikan alam semula jadi dan kegembiraan sejati dengan menghadiahkannya sebagai buah tangan unik buat mereka yang tersayang. Lebih menarik, ianya bersesuaian mengikut jenis kulit dan bajet anda.

 

Menangi 15 Produk Skeyndor Bernilai RM330 Setiap Satu

14619016125_39c0c12150_z

Produk Skeyndor Power Hyaluronic Moisturizing Booster amat bersesuaian bagi pengguna yang berkulit sensitif dan kering. Prestasi dan kandungan air yang sangat tinggi bertujuan untuk meningkatkan manfaat krim pelembap anda setiap hari. Ia juga dapat memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam dengan berterusan bersama 100 peratus pelembap tambahan. Dengan penggunaan kerap, ia dapat meningkatkan hidrasi pada kulit di samping mengurangkan kedutan pada wajah anda agar sentiasa kelihatan berseri dan awet muda.

 

Menangi Jam Tangan dari Claude Bernard Bernilai RM5,119!

20080_3_nain

Setiap jam tangan Claude Bernard Swiss adalah buatan tangan yang dibuat dengan teliti dan dipasang di bengkel di Les Genevez, Switzerland secara turun temurun. Tiada jam tangan yang meninggalkan bengkel tersebut tanpa pemeriksaan rapi, ini membuat setiap pemilik jam tangan Claude Bernard adalah
sesuatu yang berharga dan boleh dibanggakan. Jam tangan Lady Luna ciptaan yang klasik dan anggun serta menampilkan dail yang bersinar seperti misteri bulan pada waktu malam dan gelang yang halus di pergelangan si pemakai menjadikannya sangat sesuai untuk wanita. Setiap jam dipasang secara individu oleh pakar pembuatan jam tangan dari Swiss. Ianya khas direka buat wanita yang inginkan sesuatu yang memukau dan mempesona di samping membuatnya kelihatan anggun dan klasik.

 

Menangi 25 Hamper dari Shokubutsu Bernilai RM200 Setiap Satu!

copy

Shokubutsu adalah jenama krim mandian terkenal di Malaysia dengan formulasi asli Jepun yang diperbuat menggunakan 100% bahan-bahan pembersihan
berasaskan tumbuhan. Mengeluarkan siri krim mandian anti bakteria yang sesuai buat seisi keluarga yang sentiasa aktif dengan rutin harian, Shokubutsu Active Guard dengan formulasi unik bertindak dengan dua tindakan iaitu mengesan dan menghapuskan bakteria tidak baik pada kulit serta masih mengekalkan bakteria semulajadi kulit untuk menghasilkan perlindungan secara semula jadi. Ia berkesan melindungi setiap individu daripada kuman berbahaya agar kekal aktif sepanjang hari. Tindakan unik ini mampu menghasilkan perlindungan kulit secara semulajadi di mana bakteria tidak baik dihapuskan untuk meluaskan kawasan pembiakan bakteria baik semulajadi kulit yang sememangnya diperlukan untuk perlindungan yang lebih berkesan. Krim mandian Shokubutsu Active Guard melindungi anda daripada kuman berbahaya sepanjang hari tanpa menjadikan kulit anda kering.

 

Menangi 10 Produk Alissi Bronte Bernilai RM530 Setiap Satu!

copy-sublime-serum

Produk ini mengandungi minyak Argan yang memainkan peranan luar biasa dalam pembaharuan dan pembinaan semula sel. Ia juga dapat mengurangkan kesan kedutan pada kulit dan melembapkan kulit yang kering. Selain itu, jika anda mempunyai kesan parut, jerawat atau masalah kulit yang lain, nescaya produk ini dapat mengurangkannya agar kelihatan tidak ketara. Secara keseluruhannya, ia menggalakkan pengekalan air dalam tisu dan memberi keanjalan kulit di samping mengurangkan kedutan dan melawan semua tanda-tanda penuaan. Serum ini amat ringan menjadikannya cukup mudah untuk menembusi ke dalam kulit wajah anda.

 

The post Hadiah Hebat Jelita – Disember 2016 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment