Hanya dari servis penghantaran makanan ke rumah menggunakan mangkuk tingkat klasik, kini Ili Sulaiman menghoskan rancangan sendiri yang berjudul By The Sea menerusi saluran Asia Food Channel (AFC).
Pemenang Food Hero 2015, Ili Sulaiman bakal tampil dalam rancangannya sendiri pada bulan ini. By The Sea with Ili dijadualkan ke udara sebanyak enam episod yang menayangkan siri penjelahannya ke bandar-bandar di persisiran pantai di Asia.
Menerusi pengembaraannya, Ili mencari hidangan makanan laut yang menjadi simbolik atau kegemaran masyarakat tempatan dan dalam masa yang sama menikmati pemandangan indah pantai-pantai Asia.
Bahkan, Ili turut mempelajari cara masakan unik di setiap tempat yang dia jelajahi dan menghasilkan semula menu masakan tersebut dengan perspektif yang baru.
“Apa yang paling menggembirakan saya sewaktu pembikinan rancangan ini adalah apabila saya dapat bertemu dan melihat kemesraan dan keikhlasan nelayan tempatan, penjaja jalanan dan tukang masak. Saya harap penonton juga dapat menyelami pengalaman tersebut melalui rancangan ini dan berkongsi kegembiraan saya ketika mengacaranya,” ujar Ili.
Penjelajahan Ili tidak hanya akan memaparkan cara memasak makanan authentic lokasi tersebut, malah juga penonton dapat melihat sendiri pengalaman serta cerita menarik Ili mengenai nelayan laut dalam, ‘Juara Masakan’ Thailand dan gipsi laut.
Enam episod rancangan tersebut merangkumi penjelajahan Ili di Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Setiap episod, Ili bakal menyajikan penonton dengan cara memasak makanan asli yang Ili rasakan sendiri di sepanjang pengembaraannya.
Rancangan tersebut bakal menayangkan dengan hidangan makanan laut setiap minggu yang akan bersiar selama 30 minit menerusi saluran Asia Food Channel (Astro Ch 703) pada setiap hari Khamis, jam 10 malam.
Ia bakal mula ditayangkan pada 10 November ini.
The post Dari Perniagaan Penghantaran Makanan Ke Rumah, Kini Ili Sulaiman Hos Rancangan Sendiri di AFC appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment