Bukan Sekadar Penyamar Noda

Concealer bukan sekadar bertindak untuk menutupi cela, bintik hitam atau jerawat, malah  banyak magisnya di dalam solekan. Ia mempunyai komposisi tekstur yang lebih padat dan berat berbanding daripada bedak polos atau bedak asas yang biasa. Penyamar noda ini hadir di  dalam pelbagai bentuk antaranya krim, cecair dan stick. Ia turut bertindak untuk:

Jadikan Rona Lipstik  Lebih Kuat 

Seringkali mengoles gincu namun warnanya cepat pudar dan hilang? Ini selalu terjadi kepada anda yang sering terdedah kepada aktiviti luar. Untuk memastikan warnanya sentiasa kekal dan terang, sapukan sedikit penyamar noda pada bibir sebelum mengoleskan lipstik. Selain itu, anda juga boleh menggunakan penyamar noda ini bagi menghasilkan efek bibir gradiant. Sapukan lipstik berona terang di bahagian atas bibir,kemudian ratakan dengan penyamar noda ini. Cubalah, anda pasti akan melihat perbezaannya!

 

 

Shading /Highlighter

Concealer juga mampu untuk menghasilkan teknik shading atau highlighter pada wajah. Sapukan concealer dengan satu rona lebih gelap pada bahagian bawah dagu untuk memberikan kesan dramatik. Selain itu, tambahkan juga pada tulang pipi untuk memberikan efek dimensi dan memanjang di bahagian luar hidung agar kelihatan lebih mancung. Teknik shading ini juga membantu wajah kelihatan lebih tirus.

Pembayang Mata Tidak Mudah Luntur

Jika anda mempunyai kulit wajah yang kering dan kusam, warna pembayang mata seakan tidak lekat dan mudah luntur pada kelopak mata. Ronanya juga cepat menjadi pusam dan tidak terang. Ini membuatkan solekan mata tampak tidak menarik dan lemah. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh sapukan concealer pada kelopak mata terlebih dahulu. Sapukan dengan nipis dan ratakan pada kelopak mata. Kemudian, barulah anda mengoleskan pembayang mata. Cubalah, ronanya menjadi lebih terang dan naik.

Kening Lebih Kemas

Untuk mendapatkan riasan alis mata yang lebih kemas, sapukan concealer berona cerah pada bahagian bawah dan atas kening. Ini bagi menutup bulu-bulu halus yang tidak kemas dan serabut itu.

Sumber gambar: Google

 

 

 

 

The post Bukan Sekadar Penyamar Noda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment