Wipe your tears now! bangkit dan dengarkan lapan carta lagu yang bakal membangkitkan semangat ‘Single life’ anda!
Menjalani tempoh kecewa dari putus cinta merupakan satutempoh yang cukup emotional,terutamanya buat gadis! Tetapi daripada anda bersedih dan bermurung dengan lagu ‘jiwa kacau’ di dalam bilik berseorangan apa kata anda dengarkan lapan lagu hit dulu dan kini yang bakal membangkitkan semula aura‘girl power’ dalam diri anda dan bangkit untuk meneruskan perjalanan hidup dengan lebih bersemangat, lebih kuat! Selamatmeraikan hari ‘solo’ anda!
1. Little Mix – Shout Out To My Ex
“You made my heart break and that made me who I am…”
Antara lagu yang terpaku dicarta sehingga kini, penyanyi berkumpulan wanita yang berasal dari UK ini menyampaikan mesej yang amat ‘empowering’ dan positif menerusi single terbarunya Shout Out To My Ex! Pastinya memberi semangat baru buat anda yang sedang kecewa!
2. Beyonce – Sorry
Tidak dinafikan kesemua lagu dalam albumLEMONADE ini amat sentimental dimana ia ditulis berdasarkan hubungan dia dan suami Jay Z yang hampir retak dek orang ketiga. Video klip Sorry menampilkan atlet sukan tenis terkenal Sarena Williams sebagai penari latar.
3. Mariah Carey – Shake It Off
“You’ll never ever find a girl who loves you more than me…”
Diambang kemuncak album The Emancipation Of Mimi, lagu Shake It Off adalah antara single yang bertahan lama di dalam carta Billboard. Menerusi lagu ini dia menyatakan bahawa tidak guna menunggu dan membuang masa dengan si dia jika dia tidak pernah menghargai dan sering memainkan perasaan!
4. Kaka Azraff – Bukan Hal Aku ft. Sleeq
Antara lagu hit yang sering berkumandang di radio sehingga kini dan menjadi bahan ‘sing-a-long’ tatkala berada di dalam kereta kala dimainkan. Memahami lagu ini dia berada di dalam situasi ‘Unrequited love’ yang mana dia menunggu si dia yang memberi harapan, Namun dia membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’.
5. Destiny’s Child – Girl
“Girl, take a good look at yourself, he got you going through hell…”
What is more comfy than a best friends on your side during this period right? lagu berjiwa sisterhood ini amat kaya dengan kata-kata positif, seolah olah memujuk anda untuk bangkit, jangan bersedih dan untuk terus kuat!
6. Bebe Rexha – No Broken Hearts ft Nicki Minaj
Penyanyi berasal dari New York ini kian mencipta nama di dalam industri hiburan. Menerusi single hit ‘No Broken Heats’ kolaborasi bersama ratu rap Nick Minaj dia memujuk anda untuk berseronok tanpa bersedih.
7. Pixie Lott – Cry Me Out
“Now I couldn’t care about who, what or where, we’re through…”
Sesuai buat si dia yang masih merayu-rayu cinta danpeluang dari anda. Pixie Lott tampil menjadi dominan di dalam lagu ini. Instead of being heartbroken, dia tampil kuat dan gembira dengan keputusannya.
8. Najwa Mahiaddin – Got To Go
“By the time you finish what you’re sayin’, I’ll be gone…”
Penyanyi yang mempunyai ton suara jazzy dan soul ini tidak kurang hebatnya. Menerusi video klip lagu ini dia tampil kuat dan tidak memberi sedikit pun peluang pada si dia kerana curang bersama teman rapatnya.
The post 8 Break-up Song Anthem For Superwomen! appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment