5 Tip Bercuti Ketika Hamil

iss_2419_06075

Gambar: INGimage


 
Idea bercuti ketika sedang hamil mungkin bukanlah idea yang baik. Ini kerana ia mungkin berbahaya buat ibu yang mengandung tetapi bercuti ketika hamil tidak akan menjadi masalah sekiranya anda mengikuti tip yang Jelita kongsikan ini untuk percutian yang relaks dan menyeronokkan.
 
Pilih Destinasi Dengan Bijak

Pilih destinasi percutian yang dekat sahaja. Penerbangan jauh boleh jadi tidak selesa semasa hamil. Jika anda teringin untuk bercuti di luar negara, pastikan anda memilih destinasi yang memerlukan dua hingga tiga jam perjalanan dan paling penting ialah anda perlu pastikan tempat penginapan anda dekat dengan fasiliti perubatan untuk elakkan dari sebarang masalah. Elak dari mengunjungi tempat-tempat yang berisiko mendapat penyakit bawaan nyamuk seperti malaria, denggi atau zika.
 
Rancang Terlebih Dahulu

Sebaiknya anda rancang dalu perjalanan anda sebaik mungkin. Berikan lebih masa bagi perjalanan, kelewatan, sesat jalan, kesesakan lalu lintas, berhenti rehat untuk ke tandas dan sebagainya. Dengan cara ini, anda tidak perlu khuatir tentang kemungkinan terlepas kapal terbang, keretapi atau feri dan anda tidak perlu tergesa-gesa mengejarnya.
 
Makanan Tambahan

Wanita yang hamil memang akan sentiasa berasa lapar. Pastikan sebelum anda pergi bercuti, bawa seberapa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda. Simpan juga beberapa bungkus snek dalam beg pakaian sebagai bekalan sehingg anda jumpa kedai di destinasi percutian yang ingin anda kunjungi. Paling penting ialah air. Pastikan juga anda membawa sebotol air ke mana-mana sahaja untuk anda minum.
 
Banyakkan Rehat

Bercuti memang seronok tapi perlu ingat akan kondisi anda yang sedang hamil. Badan anda memerlukan rehat yang cukup kerana anda membawa pemberat tambahan dan tahap hormon anda juga sering berubah. Pastikan anda berehat beberapa kali sehari sebelum anda rasa benar-benar letih. Pastikan anda duduk di tempat duduk berdekatan lorong laluan di dalam kapal terbang atau keretapi supaya anda boleh bergerak tanpa mengganggu penumpang lain. Jangan duduk terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan bengkak pada tapak kaki dan buku lali. Buat senaman ringkas semasa di dalam kapal terbang atau keretapi sekurang-kurangnya setiap sejam sekali.
 
Kemas Bagasi

Kasut yang selesa dan memberi sokongan seperti kasut sukan sangat berguna jika anda merancang untuk banyak berjalan.Bawa juga penebat melecet kerana kaki anda mungkin akan melecet jika ia membengkak walaupun anda menggunakan kasut yang selesa. Selain itu, pastikan anda membawa pakaian yang cukup besar untuk menampung penambahan saiz badan anda.

The post 5 Tip Bercuti Ketika Hamil appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment