Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson Putus Cinta?

Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson yang dikatakan baru sahaja berputik cinta dikhabarkan kini sudah berputus cinta.

 

combine

Gambar : Instagram Zahirah & Zul Ariffin

 

Menurut laporan dari portal Utusan.my, pasangan selebriti ini sudah pun memutuskan hubungan cinta mereka. Sumber yang memaklumkan kepada pihak portal itu menyatakan yang perpisahan mereka sebenarnya berpunca dari orang ketiga.

 

Zul dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita bertudung yang berasal dari Singapura. Namun, berita tersebut masih lagi tidak mendapat kepastian sebenar.

 

00006-saya-bukan-perampas-zahirah-macwilson-rotikaya-1000x663

Gambar : Sumber Google

 

 

Apa yang mengejutkan lagi, menurut laporan itu, Zul dikatakan sudah lama menjalin hubungan bersama pelakon wanita tersebut walaupun semasa Zul masih berhubungan dengan bekas kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai tetapi kedua-dua pelakon ini menafikannya.

 

Dengan disebabkan perkara ini, Zahirah yang mengetahuinya terus mengambil keputusan untuk berundur diri. Khabar angin ini dikatakan masih baru dan kedua-dua selebriti popular ini masih lagi belum membuat kenyataan sebenar.

 

 

 

The post Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson Putus Cinta? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment