Kerjasama antara pereka fesyen tempatan bersama selebriti bukanlah suatu perkara baru. Demi mengukuhkan lagi industri fesyen tanah air, Lisa Surihani bergabung bersama Jovian Ready‐To-Wear(RTW) dalam sesi styling Jovian bersama artis tersebut.
Sesi bicara selama dua jam itu memberi peluang kepada peminat Lisa Surihani menerokai kehidupan pelakon yang banyak memberikan ilham tentang gaya hidupnya. Antara topik yang dibicarakan termasuklah kehidupan yang sebagai seorang selebriti dan menggalas tanggugjawab lain sebagai seorang ibu dan isteri pada masa yang sama. Lisa juga berkongsi pendapat dan memberi nasihat secara bersemuka dengan para tetamu mengenai penjagaan penampilan diri, kesihatan dan yang paling penting penggayaan diri.
Majlis ini bermula dengan pengenalan mesra tentang Lisa Surihani diikuti dengan segmen pertama yang menampilkan tip penjagaan penampilan seperrti penjagaan rambut, kulit, kuku dan kesihatan diri. Pelakon jelita itu juga memperkenalkan busana pilihannya melalui koleksi Jovian Ready-To-Wear dan tip fesyen untuk kelihatan lebih menarik dengan busana tersebut. Seterusnya, tetamu menikmati pengalaman menarik dengan mempelajari panduan alat solek dalam sesi makeover, penggayaan aksesori dan cara untuk menghadapi masalah penggayaan.
Jelita menyokong penuh inisatif kedua rakan karib ini dalam menganjurkan acara seperti ini. Ia wajar dilakukan kerana ia boleh memberi manfaat kepada peminat serta pencinta fesyen tanah air mengenai panduan serta tip berguna mengenai penampilan diri. Harap-harap lepas ini lebih ramai lagi pereka fesyen turun padang untuk mengajar ilmu fesyen kepada orang awam agar lebih peka dalam menggayakan sesuatu busana dengan sempurna!
The post Sesi Penampilan diri bersama Jovian Mandagie dan Lisa Surihani appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment