‘Saya Buat Keputusan Untuk Bawa Ke Muka Pengadilan’- Didakwa ‘Sapu’ Wang Derma Orang Ramai, Ini Respon Faiznurr

6

Mei tahun lalu terjadi satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dimana kejadian itu telah meragut nyawa 3 sekeluarga. Berita itu telah mendapat liputan luas media massa. Apa yang menyedihkan lagi bila dua dari tiga yang maut itu ialah pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4.

Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila akhirnya telah dijaga oleh adik arwah Fairuz, iaitu Faizznur. Namun semalam kakak arwah juga kakak kepada Faiznurr, Yusnida Husain telah mengadakan sidang media dan menceritakan perkara sebenar apa yang terjadi. Eh biar betul?

Kenyataan dari kakak Allahyarham Fairuz

Kredit video: Mynewshub

Kakak kedua Allahyarham Fairuz telah mengadakan sidang media semalam. Tujuannya adalah supaya adik beradik yang kehilangan ibu bapa itu mendapat hak yang sepatutnya. Sebelum ni, Faiznurr mewar-warkan pada pihak media bahawa dia akan menggalas tanggungjawab untuk menjaga Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila tapi Yusnida berkata sebaliknya yang berlaku.

Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).

Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini.

Tambah Yusnida, Faiznurr langsung tidak berikan wang sumbangan dari orang ramai terhadap dua beradik itu dan mendakwa wang itu merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan dalam akaun bank miliknya.

Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.

Yusnida berkata bahawa tujuan sidang media dilakukan adalah untuk mendapatkan hak bagi kedua-dua anak yatim piatu itu yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara mereka sendiri. Yusnida telah menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka, sehingga lah sekarang.

Difitnah?

screen-shot-2016-10-19-at-11-25-32-am

Tidak lama kemudian Faiznurr telah mengeluarkan kenyataan melalui laman Facebook miliknya. Hmm.. Macam mana pula ni?

Sumber: Harian Metro, Mynewshub

The post ‘Saya Buat Keputusan Untuk Bawa Ke Muka Pengadilan’- Didakwa ‘Sapu’ Wang Derma Orang Ramai, Ini Respon Faiznurr appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment