Nora Danish masih boleh menjaga kecantikan wajah dan tubuh walaupun sibuk dengan penggambaran dan sekaligus menjalankan tugas sebagai seorang ibu kepada anak tunggalnya. Bahkan dia sentiasa tampak muda berseri. Jelita berkongsi cara dan rutin sebenar yang diamalkan Nora Danish setiap hari demi menjaga kecantikannya.
Siapakah ikon cantik yang anda sanjungi?
Ramai wanita berwajah cantik. Jika kita memiliki hati yang bersih maka terpancarlah kecantikannya. Nora amat mengagumi keringkasan Angelina Jolie. She’s beautiful inside and out.
Rahsia untuk kekal tampak muda?
Rahsia? Tiada apa yang perlu dirahsiakan, memandangkan saya juga masih cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan diet yang sempurna. Saya sering amalkan ulam-ulaman, makanan organik, minum air secukupnya, mengambil makanan tambahan dan juga melakukan senaman seperti yoga. Saya cuba untuk live a healthy life.
Ada sebarang minuman atau makanan yang anda amalkan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga?
Sure White, cuba dan rasakan sendiri
Masalah rambut terbesar? Dan cara anda mengatasinya?
Rambut Nora makin kurang sejak melahirkan Rayqal kerana perubahan hormon. Jadi sekarang Nora lebih utamakan pengambilan vitamin untuk rambut dan cuba elakkan terlalu banyak penggunaan bahan kimia. Nora juga akan dapatkan rawatan profesional di spa rambut. Selain itu, Nora juga akan minum Sure White kerana ia juga bagus untuk menguatkan rambut.
Kosmetik atau alat solek wajib perlu ada setiap kali bersolek?
Item asas seperti maskara, pemerah pipi dan juga pensel kening adalah item yang perlu ada pada Nora setiap kali bersolek.
Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah setiap hari?
Nora amalkan pengambilan minuman tambahan Sure White sebaik sahaja bangun pagi, Dan untuk kesan yang lebih efektif, Nora juga amalkan minuman tambahan sebelum tidur.
Bagaimana dengan senaman? Senaman apa yang Nora lakukan? Dan sekerap mana?
Nora akan lakukan senaman yoga dan MMA apabila kelapangan. Memandangkan Nora snetiasa sibuk dengan penggambaran jadi soal masa agak terhad. Paling tidak Nora akan cuba lakukan squat dan sit ups di rumah.
Sumber: EH!
The post Rahsia Kecantikan Nora Danish appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment