Rahsia Kecantikan Neelofa

neelofa tunai haji
 
Neelofa sememangnya terkenal dengan kecantikan wajah yang dimilikinya. Gadis kelahiran Kelantan ini memang cukup prihatin soal kecantikan dan kesihatan, maka tidak hairanlah jika Neelofa memiliki jenama produk makanan tambahan sendiri. Ramai wanita yang mencemburuinya kerana kulitnya yang halus mulus.
 
Jelita kongsikan rahsia kecantikan yang diamalkan Neelofa untuk mendapatkan wajah yang halus mulus sepertinya.
 
Rahsia Neelofa untuk sentiasa tampak muda?

Sejak dari tahun 2009, saya amalkan minum air kosong dengan banyak. Itu tip yang paling mudah. Waktu itu saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan saya kerap mimum air kosong. Bila kita kerap minum air kosong, tekak kita dah tak rasa nak minum air lain. Anda akan merasakan air kosong itu sangat refreshing. Jika anda baca tentang air dant tenaga yang terkandung di dalamnya, pasti anda akan terkejut. Sebab itu, amat penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari kerana air itu sendiri yang beri tenaga kepada kita. Nasihat saya, banyakkan minum air kosong dan lupakan air minuman yang manis-manis.
 
Tip penjagaan rambut?

Saya sering tidak punya masa untuk ke salun jadi saya akan pastikan saya membeli produk yang bagus untuk rambut. Saya juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.
 
Kongsikan rutin penjagaan kulit wajah anda setiap hari?

Saya banyak menggunakan alat solek. Jadi saya akan pastikan setiap kali pulang dari kerja, saya akan mencuci muka dengan cleansing oil dan saya mengamalkan memakan supplement.
 
Selain menggunakan produk kecantikan, apa lagi yang anda lakukan demi memastikan kulit sentiasa kekal sihat dan segar?

Saya akan melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy) di Shah Alam. Bayangkan situasi di mana ada baldi yang berisi air dan ais yang sejuk. Kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit setrta membantu mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan akan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.
 
Senaman apa yang sering anda lakukan? Dan sekerap mana?

Selain bersenam di gim, saya juga gemar bermain badminton, berenang dan kick boxing. Saya akan melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.
 
Sumber: EH!

The post Rahsia Kecantikan Neelofa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment