Tahukah anda, Malaysia mempunyai beberapa pereka fesyen berkualiti yang pernah mengharumkan nama negara ke persada Hollywood dengan rekaan lima bintang? Sebut sahaja pereka tempatan kelas A mesti teringat Datuk Jimmy Choo, Zang Thoi atau Datuk Bernard Chandran. Namun masih ramai lagi pereka fesyen tempatan yang berjaya mereka busana untuk tatapan Hollywood.
Amir Kadir adalah salah seorang diantaranya.
Usia menginjak 51 tahun namun bakti yang dicurahkan dalam mengerah idea dan ilham dalam sesuatu busana sangat berbaloi. Ini terbukti apabila dia mampu menambat hati selebriti antarbangsa seperti Jeniffer Lopez, Taylor Swift dan ramai lagi.
Taylor Swift dan Jessie J dengan busana rekaan Amir Kadir
Berasal dari Batu Pahat Johor, Amir Kadir adalah pemegang ijazah Sarjana Muda dalam Pernigaan dari Universiti Institut Teknologi Mara (Uitm) dan Sarjana Muda dalam Reka Fesyen dari Akademi Amerika Paris.
Antara selebriti tanah air yang menggayakan rekaan dia termasuklah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Datuk Normala Shamsudin.
Selepas 14 tahun mencipta nama di Malaysia dengan memulakan perniagaan butik di Bukit Bintang Kuala Lumpur sekitar tahun 90-an, dia nekad untuk berhijrah ke Kuwait. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Jadi dari situlah Amir Kadir perlahan-lahan menimba ilmu dengan harapan mampu menawan pasaran antarabangsa. Hasilnya, rekaannya kini menjadi bualan pereka-pereka antarabangsa.
Kalau sesiapa yang berada di Kuwait, anda boleh mencari butik Al-Jasmi Bride dan alami sendiri hasil seni pereka fesyen kebanggaan negara kita. Jelita kagum dengan Amir Kadir yang berani membuat keputusan untuk masa depannya. Tidak semua antara kita mampu membuat keputusan untuk diri sendiri. Impaknya mungkin belum anda diketahui tapi keberanian untuk mengubah kehidupan itu menajdi lebih baik itu lagi penting.
*Sumber dari Google
The post Pereka fesyen tempatan ke Hollywood appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment