Panduan Belajar Selepas Berkahwin

Belajar selepas berkahwin, ramai yang akui akan cabarannya kerana fokus terhadap pembelajaran mungkin sedikit terganggu.

jelita belajar selepas kahwin

Namun, ada ramai di kalangan yang bergelar isteri dan ibu mahu meneruskan pengajian atas sebab tersendiri termasuk untuk menaikkan status diri atau berpegang kepada tiada had umur kalau nak belajar. Apatah lagi pada zaman ini, ada banyak pilihan pembelajaran di universiti dan senario pelajar breusia bukan perkara baru. Lihat sendiri aktres jelita, Vanidah Imran yang kini sedang menyambung pengajian dalam bidang psikologi selepas mendapat ijazah dalam jurusan bahasa Inggeris.

Jelita tertarik dengan perkongsian seorang wanita yang turut melalui cabaran belajar selepas berkahwin menerusi IIUM Confessions. Semoga anda semua meraih panduan berguna daripada perkongsian ini.

———–

Assalamualaikum

Sebelum saya teruskan penulisan saya, ingin saya mohon maaf jika ada yang akan terluka dengan penulisan saya. Agree to disagree.

Saya menulis ni sebagai respon kepada perkongsian berkenaan research 5 tahun.

Saya baca banyak kali perkongsian puan. Berdasarkan apa yang puan kongsikan, antara sebab research puan lambat habis adalah kerana kahwin dan ada anak.

Jadi, confession saya hari ini spesifiknya adalah untuk respon kepada on-going/bakal student yang berstatus puan/mommy.

Sebelum tu izinkan saya berkongsi pengalaman saya. Saya tulis dalam point sebab saya malas nak cerita satu-satu hehe.

– kahwin ketika master. 5 bulan sebelum kahwin saya setelkan draft disertasi sebab saya agak ‘fobia’ tengok kawan-kawan lain yang lepas kahwin pelajaran nampak sedikit terganggu. Jadi saya berazam untuk setelkan sebelum kahwin.

– then bersalin. Habis pantang terus daftar untuk phd. Alhamdulillah sebelum masuk 2nd sem boleh bentang proposal phd which consist chap 1-3.

Ada beberapa pegangan yang golongan student merangkap puan/mommy perlu pegang ketat-ketat:

1. Jangan jadikan perkahwinan dan anak sebagai fitnah kepada pembelajaran kita.

Saya faham. Bila dah kahwin mood tu memang terbang terus entah pergi ke mana. Lagi-lagi masa awal kahwin. Bertambah-tambah bila dah ada anak. Fuhh.

Sebab tu disiplin untuk golongan ini mesti berganda-ganda dari yang bujang. Kat school kami, sampaikan lecturer dah ada pandangan, lepas kahwin ada anak kelaut lah student aku ni. See what i mean? Benda ni dah jadi fitnah. Sebab tu bila saya baca confession yang master 5 tahun tu, kalau dia lambat sebab kahwin dan ada anak SAHAJA, maka ya, itu antara fitnah terhadap pembelajaran yang saya maksudkan.

2. Uruskan masa sebaiknya.

Masa bujang tak sama dengan masa lepas kahwin. Jadi berlagak lah seperti student merangkap mommy.

Kurangkan tidur. My husband selalu pesan, nama lagi PhD, mestilah kurang tidur, korban itu ini. Ada anak pulak. Jangan expect timing kita macam orang bujang. Saya sendiri malam lepas anak tidur saya terpaksa berjaga untuk writing. Lepas setel writing saya balas dendam tidur berganda-ganda hehe

3. Mood untuk diuruskan, bukan untuk dilayan.

Mood malas? Mood penat jaga anak? Mood penat doing house chores?

Lawan. Or kalau tak mampu sangat take a rest or reward diri then cari jalan untuk lawan dan kembali menulis. Kalau nak ikut mood malas tu, memang selalu ada (macam saya). U choose this path. Jangan la expect u graduate dengan perjalanan study u smooth je.

Akhir kata. Jom kita try GOT. Sebab kita tak nak laaa bayar yuran guna duit sendiri hahaha.

P/s: confession ini bukan ditujukan untuk mereka yang mengalami halangan2 yang lain sepanjang master/phd. Saya tujukan hanya untuk mereka yang slow HANYA sebab berkahwin dan ada anak. Kalau dah kahwin ada masalah rumah tangga or ada masalah dengan anak, anda tidak tergolong dalam golongan yang saya tujukan.

– Mrs. X

Foto INGImage/Click Photos

The post Panduan Belajar Selepas Berkahwin appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment