Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Ibu yang menyusu bayi harus makan makanan bernutrisi lengkap bagi memastikan susu yang dihasilkan memenuhi keperluan nutrient yang diperlukan si anak. Khasiat ini penting bagi membantu tumbesaran dan sistem imunisasi bayi.  Paling penting, si ibu perlu makan makanan seimbang yang mempunyai semua kumpulan makanan daripada pyramid makanan.

Bijirin – Roti gandum penuh dan nasi mengandungi tinggi serat dan nutrient.

Meal sack, bread rolls and ears bunch still life cutout

Buah dan sayuran – Buah dan sayuran berwarna terang tinggi kandungan anti-oksidan. Elok dimakan mentah kerana kaya nutrisi.

Protein – Daging tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang membekalkan protein yang secukupnya untuk tubuh. Ikan seperti salmon kaya dengan omega 3.

Vitamin dan mineral – Susu dan yogurt membekalkan pelbagai kebaikan, vitamin dan mineral.

Sayur berdaun hijau

Bayam, sawi dan brokoli mengandungi vitamin A, C dan iron. Sayuran ini bagus untuk ibu menyusu kerana penting untuk tumbesaran bayi. Sayur rendah kalori ini juga kaya dengan kalsium dan anti-oksidan yang penting untuk ibu serta bayi.

02b46700

Buah bermusim

Buah kaya dengan anti-oksidan, vitamin dan mineral. Vitamin C membantu penyembuhan luka dengan cepat bagi ibu yang bersalin bedah. Epal dan pisang membantu menambah tenaga dan si ibu akan kekal sihat.

Air

Bagi menghasilkan susu yang cukup dan kekal segar, ibu perlu minum banyak air. Dehidrasi adalah masalah utama yang dihadapi ibu menyusu hingga memberi kesan kepada penghasilan susu. Secara tidak langsung menyebabkan ibu lemah dan tidak bertenaga. Jus, susu, air suam dan sup elok untuk ibu. Tetapi elakkan minuman berkafein dan teh.

Bawang putih

Setelah sekian lama, bawang putih diyakini mampu meningkatkan penghasilan susu. Selain menguatkan sistem pertahanan badan bagi membantu badan mencegah jangkitan penyakit.

02g46783

Lobak merah

Kaya dengan karbohidrat dan potassium yang membantu meningkatkan tenaga dan stamina bagi ibu menyusu. Lobak merah mengandungi beta karotin yang penting sewaktu menyusu.

 

The post Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment