Item Fesyen Perlu Ada Bagi Setiap Wanita Bergaya

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi setiap wanita untuk tampil bergaya sentiasa. Wanita bergaya sudah pastinya akan sentiasa mengikuti perkembangan trend yang sentiasa berubah dengan pantas. Namun, wanita bergaya yang bijak pastinya akan sentiasa memiliki item fesyen ini dalam gerobok fesyen mereka. Jelita kongsikan item fesyen yang tidak lapuk dek zaman, barangan yang tidak jemu dilihat oleh mata si penggemar fesyen.
 

t48999898_max

Gambar: TPGimage


 
Sut Penuh

Wanita sudah mula menyarungkan sut sejak era 70-an. Bagi anda yang tidak gemarkan gaya sut yang terlalu maskulin, anda boleh padankan sut anda bersama dengan skirt pendek mahupun labuh bagi wanita yang bertudung.
 

kemeja-putih

Gambar: lystit.com


 
Kemeja Putih

Gerobok fesyen anda tidak akan lengkap tanpa sepasang kemeja putih. Kemeja putih ini sentiasa menjadi pilihan kerana anda boleh menggayakannya secara formal ataupun secara santai ketika membeli-belah bersama teman-teman anda.
 

t71654315_max

Gambar: TPGimages


 
Kasut Hitam Tumit Tinggi

Item fesyen paling penting bagi semua wanita. Sepasang kasut hitam bertumit tinggi boleh divariasikan dengan pelbagai cara pemakaian dan yang paling penting, kasut hitam tumit tinggi ini akan membuatkan kaki anda tampak panjang dan tinggi.
 

t70813108_max

Gambar: TPGimage


 
Seluar Denim Sempurna

Pastikan gerobok fesyen anda memiliki sehelai dua seluar denim, Ini kerana sepasang seluar denim dapat melonjakkan keyakinan fizikal seseorang wanita. Keyakinan adalah kunci kepada keanggunan seorang wanita.
 

t50918359_max

Gambar:TPGimages


 
Gincu Merah

Selain dari pakaian atau aksesori, gincu amat penting dalam menjadi pelengkap setiap penampilan. Tidak kira sama ada ia gloss atau matte. Walaubagaimanapun, penting bagi anda untuk mencari gincu rona merah yang sesuai yang bersesuaian dengan warna kulit anda.
 
Sumber: GLAM

The post Item Fesyen Perlu Ada Bagi Setiap Wanita Bergaya appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment