Isteri Awie Dakwa Terkena Tempias Penyakit Misteri

awie-nikah

Gambar: nst.com.my


 
Isteri Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, mendakwa turut terkena tempias penyakit misteri yang turut menimpa suaminya sebelum ini selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini.
 
Wanita yang mesra disapa Lady turut memberitahu bahawa dia pada mulanya enggan percaya pada ilmu hitam.
 
Namun, selepas menjalani rawatan perubatan Islam, Lady mula menerima hakikat akan wujudnya anasir lain.
 
Walaubagaimanapun, Lady enggan menunding jari lalu mengambil keputusan untuk menjalani rawatan perubatan moden selain mengamalkan bacaan ayat suci untuk mengelak gangguan.
 
“Dulu saya sangsi adanya sihir Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermul dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib.
 
Namun saya tidak mahu dibebani dengan kepercayaan karut, jadi saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar kulit itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib,’ kata Lady kepada sebuah akhbar tempatan oline selepas majils pernikahannya dengan Awie.
 
Lady akui dia agak takut dengan masalah dihadapinya dan juga percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
 
Sebelum ini, Awie pernah mendedahkan kepada media bahawa dia kerap dilanda penyakit termasuk bengkak pada bahagian kaki setiap kali terbabit dalam acara besar.
 
Lady yang juga bekas kakitangan syarikat penerbangan, bernikah dengan penyanyi dan pelakon, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,48, Jumaat lalu.
 
Terbaharu, Awie mendakwa Lady dan anak-anak turut berdepan gangguan mistik.

The post Isteri Awie Dakwa Terkena Tempias Penyakit Misteri appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment