Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Sertai & Menang!
Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:
Dapatkan Jelita edisi November 2016 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan
Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ
Curves adalah gim wanita yang mempunyai lebih daripada empat juta ahli di 90 negara. Antara satu daripada keunikan kelas mereka adalah ianya amat sesuai untuk individu yang kesuntukan masa. Curves mempunyai kelas 30 minit yang menggabungkan latihan kekuatan dan senaman kardio yang direka khusus untuk wanita. Kelas ini juga menggabungkan tiga komponen yang penting iaitu kecergasan, fleksibiliti dan mengurangkan berat badan. Kesan positif program ini juga mengurangkan kemungkinan terhadap penyakit kencing manis, kanser, artritis, osteoporosis dan penyakit kardiovaskular. Menurut Tengku Faira Edna, selepas melahirkan anak kedua, amat sukar baginya untuk menurunkan berat badan. Setelah mengunjungi pelbagai gim yang menawarkan latihan dan senaman, dia akhirnya menemui solusi di Curves. Tengku Faira berjaya menurunkan berat badan hanya dalam masa lapan bulan! Eshwari Vasuthewan pula mengatakan bahawa sejak kecil lagi dia bersaiz besar hingga pada satu tahap terpaksa melalui pembedahan gastrectomy. Setelah menyertai gim Curves, dia berasa lebih kuat dan yakin apabila badan kelihatan lebih ramping. Bagi Datin Dr Hasliza pula, sejak kecil lagi sudah mempunyai masalah berat badan, tetapi sebagai doktor dia harus menunjukkan contoh yang baik kepada pesakit. Apabila menyertai gim Curves dia berjaya menurunkan sebanyak 6.7 kg dan kelihatan berseri dari biasa! Curves mempunyai daya tarikan kepada wanita yang inginkan sebuah gim yang mesra dan seronok tanpa mengira umur mereka atau bentuk badan. Kunjungilah mana-mana 13 cawangan Curves di Malaysia.
Terletak hanya kira-kira satu jam dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) dan terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang, Lexis Hibiscus Port Dickson menjalar ke Selat Melaka yang menyerupai bunga kebangsaan Malaysia. Sebagai binaan rumah air terbesar di dunia, setiap 639 vila berkolam adalah luas, menarik dan dilengkapi dengan kolam renang serta bilik wap sendirian untuk kemewahan dan privasi diri. Kebanyakan vila di sini menawarkan pemandangan lautan. Vila ini juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan restoran dan hiburan yang menarik sesuai untuk warga tempatan serta antarabangsa. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh didapati di Lexis Hibiscus. Lex Spa adalah tempat yang sesuai bagi tetamu yang inginkan ketenangan dari kesibukan bandar. Bagi yang membawa kanak-kanak bersama, Kidz World adalah tempat ideal di samping Starz Karaoke bagi golongan remaja. Lexis Hibiscus juga sesuai bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti pantai seperti jet ski, kayak, banana boat dan lain-lain, semuanya tertumpu di sekeliling air mata laut 400 kaki tertinggi di Malaysia. The Hibiscus Walk yang terletak di pinggiran pantai
menyediakan pelbagai sampel makanan yang popular di Malaysia di samping sebuah pusat kesihatan yang menyediakan urutan terapeutik.

Berkembang mekar dengan wangian bunga eksotik dari SilkyGirl. Bersedia untuk melalui pengembaraan baru di bumi Arab dengan wangian bunga yang unik bersama SilkyGirl Arabian Iris. Campuran lembut bunga magnolia dan violet memberi adunan yang sempurna bersama buah cassis beri, tembikai dan oren yang pasti membangkitkan deria anda. Dilengkapi dengan campuran amber dan vanila pasti memukau! Rangkaian yang diperkenalkan oleh SilkyGirl ini telah menambat hati para pengguna dengan aroma bunga yang tidak dapat dilupakan iaitu wangian romantis Bulgarian Rose, wangian seri French Sunflower dan wangian misteri Egyptian Lily. Setiap wangian ini seperti membawa kita melalui pergunungan Bulgaria, ladang bunga matahari di Perancis dan bandar bersejarah purba Mesir. Anda pasti terpesona dengan wangian dari SilkyGirl ini!
Cres Ultra Rejuvenation Crystallinear Therapy adalah kaedah rawatan muka yang sangat berkesan untuk meningkatkan aliran nutrien kepada kulit. Disamping itu, ia juga dapat memperbaiki struktur kulit supaya kelihatan berseri, segar dan lembut seperti kulit bayi. Alamilah kenikmatan yang menenang dan menyegarkan dengan urutan ‘Chakra.’ Fungsi utamanya adalah membenarkan lebih banyak oksigen dan nutrien ke bahagian badan serta membantu mengurangkan tekanan badan dan minda. Esen antipenuaan membantu memulihkan kulit yang rosak di samping merangsang proses pembaharuan kulit, menjadikan kulit kelihatan muda dan berseri. Esen pelembap pula, mengandungi Flexin yang mempercepatkan proses penegangan dan mengurangkan kedutan dan esen pemutih yang mengandungi Arbutin dari ekstrak Bearberry membantu mengurangkan bintik hitam dan meratakan tona kulit. Terdapat pelbagai jenis masker lain dalam rawatan ini yang membantu dalam pemulihan kulit. Rasai perbezaannya, seawal rawatan yang pertama.
The post Hadiah Hebat Jelita – November 2016 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment