Fazura Tidak Akan Berhenti Dari Terus Menyanyi

fazura

Gambar: Instagram Fazura


 
Kritikan negatif yang diterima Fazura tidak membunuh semangatnya untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya. Baru-baru ini, Fazura dikritik hebat ekoran nyanyiannya yang didakwa sumbang ketika membuat persembahan pembukaan konsert F1 di sepang minggu lalu.
 
Fazura turut menegaskan mereka tidak berhak untuk menentukan hala tuju hidupnya dengna memintanya untuk melupakan dunia nyanyian dan hanya fokus kepada lakonan sahaja.
 
“Saya tidak mahu anggap mereka dengki kerana kita tidak tahu apa niat sebenar mereka. Kalau saya ikutkan juga kehendak pihak yang mengkritik, mereka akan tetap mencari kesilapan kita dan bercakap apa sahaja,” katanya lagi.
 
Fazura juga turut berkata, bukan hanya dirinya sahaja yang menerima kecaman bahkan penyanyi tempatan yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna turut berdepan dengan kecaman apabila netizen menyarankan Yuna supaya membuka tudung ekoran satu kontroversi, baru-baru ini.
 
Menceritakan insiden yang berlaku pada hari itu, Fazura akui yang dia hanya mengetahui nyanyiannya menjadi viral selepas dimaklumkan rakannya. Dia turut berkata, sewaktu membuat persembahan ramai penonton terhibur dan menari serta menyanyi bersama. Bagaimanapun, ketika menyampaikan lagu Sayang Dirimu, berlaku masalah teknikal yang menyebabkan dia tidak dapat mendengar suara sendiri.
 
Fazura akui dia meminati bidang nyanyian sejak dari kecil dan dia menjadi penyanyi bukan untuk membuktikan apa-apa. Fazura turut berkata, untuk single pertamanya dia memilih Sayangi Dirimu yang menyampaikan mesej positif dan memberi inspirasi kepada peminatnya.

The post Fazura Tidak Akan Berhenti Dari Terus Menyanyi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment