Ada kesan sampingannya jika anda terlebih melakukan pengelupasan kulit ini, kesannya kulit akan menjadi kering, dan mengalami iritasi.
Dengan itu anda perlu tahu bagaimana dan seberapa kerap anda perlu melakukan proses ini.
1. Penting untuk anda mengetahui kondisi kulit anda, jangan melakukan proses ini dengan kerap hanya untuk mendapat hasil maksimum. Dapatkan nasihat pakar kulit atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum anda membeli produk pengelupasan, perhatian teliti adalah perlu sekiranya anda memiliki kulit yang sensitif.
2. Jangan terlalu kerap melakukan microdermabrasion, kulit akan menjadi nipis, kulit yang sudah tua juga akan menjadi lebih kronik.
3. Elakkan proses ini pada cuaca yang panas, kerana pada waktu ini kulit mudah kering. Dengan melakukan proses pengelupasan kulit anda sewaktu kulit dalam keadaan sensitif, jadi ia lebih mudah rosak sekiranya terdedah pada cahaya matahari yang melampau.
4. Jangan sesekali mencuba lulur badan pada kulit wajah kerana tekstur lulur badan adalah lebih kasar dan kuat berbanding lulur wajah.
5. Hati-hati ketika membuat facial peels, jangan buat sekali kemudian anda pergi ke tempat lain untuk membuat sekali lagi. Bahagian perlindungan kulit anda akan terhakis dan akhirnya mendedahkan bahagian dermis kulit. Sekali lagi diingatkan jangan terlalu mendedahkan kulit kepada matahari dan melakukan proses ini sewaktu cuaca panas.
The post Fakta Penting Mengenai Pengelupasan Kulit Wajah & Badan appeared first on EH!.
Biasana pengelupasan pada kulit disebut juga dengan deskuamasi
ReplyDelete