Umum tahu yang mana kanser adalah pembunuh nombor satu di dunia. Penyakit kanser payu dara banyak menyerang wanita tidak kira peringkat usia muda atau pun tua. Masing-masing berisiko untuk menghidapinya.
Sama seperti sebelum ini, tahun ini jenama produk kecantikan terkenal dunia, Estée Lauder ingin mengajak semua individu untuk melawan penyakit ini dengan melancarkan kempen Estée Lauder Companies’ Breast Cancer Awareness (BCA).
Kempen ini bertujuan untuk mengajak orang ramai bertindak bersama dalam melawan penyakit popular di kalangan wanita ini. Kempen ini juga mengalu-alukan tidak kira wanita, lelaki atau pun keluarga untuk bersama menyokong kempen ini di laman BCAcampaign.com dan juga menerusi media sosial. Dalam masa yang sama anda juga boleh menderma menerusi laman sesawang tersebut.
Sebenarnya kempen kesedaran ini sudah lama diterajui oleh Estée Lauder. Kini kempen ini kekal aktif di serata dunia lebih dari 70 buah negara. Tahun ini kempen Estée Lauder mahu mensasarkan US$6juta sokongan dalam misi melawan penyakit ini tidak kira dari segi pembelajaran mahu pun kajian.
Tahun ini, jenama Estée Lauder dan La Mer bergabung untuk kempen kesedaran kanser payu dara ini dengan menjual produk riben merah jambu. Produk kecantikan tersebut termasuklah Estée Lauder Pink Perfection Color Collection (RM240) dan La Mer The Lip Balm (RM240).
Anda juga boleh turut serta dalam aktiviti sempena kempen BCA ini:
Pameran Fotografi
Pameran bertemakan ‘Take Action Together to Defeat Breast Cancer’ ini mempamerkan foto-foto dengan rona hitam putih. Ia adalah kolaborasi antara Estée Lauder dan pelajar serta pensyarah dari The Once Academy. Foto yang terpilih dipamerkan pada umum di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Pavilion, Komtar JBCC dan Gurney Plaza sepanjang bulan Oktober ini.
Bengkel Feel Better Beauty
Pada 25 Oktober nanti, Estée Lauder Malaysia ingin meneruskan usaha mereka dengan pesakit-pesakit kanser payu dara. Peserta akan dilayani dengan sesi mekap, dandanan rambut, penggayaan peribadi sekaligus dengan sesi fotografi untuk menjadikan mereka rasa seperti seorang bintang.
Perlawanan Amal Golf Pink Ribbon
Perlawanan amal golf ini mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Dengan bayaran pendaftaran RM900 seorang atau RM3600 per flight. Semua kutipan ini akan didermakan kepada penerima manfaat ini. Peserta juga akan menerima goody bag dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Ia akan diadakan di Kota Permai Golf & Country Club pada 19 Oktober nanti.
The post Estée Lauder Mengajak Dunia Melawan Kanser Payu Dara appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment