MENANG!
Set produk Tanamera Green Coffee
BERNILAI RM 5,830
Kopi sememangnya terkenal sebagai minuman yang mampu merangsang serta membantu kita untuk terus bertenaga sepanjang hari. Tetapi tahukah anda bahawa kopi sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kulit anda? Kopi hijau khususnya berkhasiat untuk merangsang, menyegarkan serta memperbaharui sel kulit. Kerana inilah sabun Tanamera Toning Green Coffee yang dirumus khas daripada ekstrak kopi hijau, campuran phytocomplex dan ekstrak rumpai laut boleh membantu menegangkan kulit, mengurangkan selulit dan menyihatkan kulit secara semula jadi.
Tanamera Toning Green Coffee scrub pula mengandungi bahan seperti garam kristal Himalaya dan biji kopi yang dikisar halus yang bertujuan untuk membuang sel mati serta melembapkan kulit sehingga menjadi lembut bak sutera. Akhir sekali, minyak urut Green Coffee berfungsi memperbaiki kulit dan menghilangkan toksin di dalam badan. Minyak urut ini merupakan cara yang mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit yang tegang serta tekstur kulit yang sekata dan sihat.Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tanamera.com.my.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2016
MENANG!
Set Dr. Brandt Mini Glow Kit
BERNILAI RM 5,970
Siapa tidak kenal Dr. Fredric Brandt? Pakar dermatologi terkenal di seluruh dunia ini telah banyak merumus dan menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit inovatif dengan ramuan botani yang dapat merawat masalah kulit tertentu tanpa memerlukan preskripsi mahupun rawatan doktor sambil membantu mengekalkan kulit wajah yang berseri dan sihat.
Antaranya adalah set produk Glow by Dr. Brandt yang merangkumi dua jenis produk iaitu:-
1. Ruby Crystal Retinol Hydracreme
Diilhamkan oleh prosedur ruby laser Dr. Brandt, krim muka ini mencerahkan kulit anda dengan serta-merta sambil melembabkan kulit secara alami. Krim muka ini diformulasi dengan kristal delima mikro untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus sambil memperbaiki tekstur kulit sambil menyerikan wajah.
2. Overnight Resurfacing Serum
Diformulasikan dengan kompleks retinol, serum ini dapat membantu dalam proses regenerasi untuk mengganti sel-sel kulit yang mati pada wajah semasa tidur justeru menampilkan kulit yang sihat pada hari berikutnya. Malah, serum ini turut melindungi wajah daripada masalah-masalah seperti kulit kering, kemerahan mahupun kerengsaan kulit.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2016
MENANG!
Rawatan Payot Intense Musculaire Full Body Massage
BERNILAI RM 5,830
Setelah lelah bekerja, tentu sekali anda inginkan masa untuk relaks bukan? Intense Musculaire Full Body Massage merupakan rawatan urutan badan yang menggunakan PAYOT Limited Edition Bougie De Modelage iaitu lilin khusus untuk mengurut. Rawatan Intense Musculaire Full Body Massage mengambil masa selama 70 minit dan ia menggunakan teknik enveloping untuk memberi ketenangan dan keseimbangan pada minda dan juga badan. Lilin Bougie de Modelage yang digunakan untuk rawatan ini merangkumi minyak kelapa dan beeswax kerana kombinasi elemen ini mampu melembapkan kulit sambil menenangkan ketegangan pada bahagian badan yang letih lesu kerana tekstur lilin yang menghangatkan. Rawatan Intense Musculaire Full Body Massage tidak lengkap tanpa Gommage Sublimant Full Body Scrub yang anda juga boleh dapatkan di spa Payot. Rawatan skrub ini mengambil masa 30 minit dan menggunakan Gommage Au Sucre Relaxant
yang mana skrub ini mengandungi gula kristal yang dapat membersihkan kulit sambil membuang sel-sel yang mati dan minyak sayuran semulajadi yang membantu untuk melembapkan kulit juga. Spa Payot terletak di Publika dan lawati Facebook Payot Malaysia Singapore untuk maklumat lanjut.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2016
The post EH! Promosi November 2016 appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment