Kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk amat membebankan bagi sesetengan wanita. Ditambah pula apabila semua pinggan mangkuk itu diselaputi kotoran degil seperti minyak dan lemak. Pasti sukar untuk mencucinya. Namun, jika amalkan tip berikut pasti sedikit sebanyak memudahkan kerja membasuh anda.
- Asingkan pinggan mangkuk terlebih dahulu, terutama yang ada kesan kotoran minyak.
- Mulakan cucian dengan gelas berkaca terlebih dahulu.
- Kemudian, pinggan bersaiz sederhana seperti pinggan sos dan kuih-muih.
- Diikuti cawan dan mug.
- Bersihkan kesan makanan pada pinggan terlebih dahulu sebelum dicuci.
- Bersihkan pula set kutleri (sudu dan garpu) anda.
- Akhir sekali bahagian berminyak, iaitu set kuali dan alatan memasak anda.
Namun begitu, ada di antara kita membersihkan pinggan mangkuk menggunakan sabun pencuci sahaja. Cara ini tidak dinafikan amat memudahkan anda. Bagaimanapun, ada cara lain yang dapat membantu menanggalkan kesan kotoran dengan lebih berkesan dan dalam masa yang sama mesra alam.
- Masukkan potongan limau nipis ke dalam bekas cecair pencuci pinggan mangkuk anda. Cecair limau nipis ini diakui keberkesanannya dalam menghilangkan kesan minyak. Malah turut digunakan dalam pembuatan sabun pencuci pinggan mangkuk.
- Selain limau, bedak juga membantu anda manghilangkan kesan minyak dengan pantas. Caranya cukup mudah. Tuang bedak pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan seketika hingga tumpahan minyak menyerap bedak itu. Kemudian barulah dicuci dengan sabun.
The post Cara Mencuci Dengan Berkesan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment