Beli Perabot Baru Sesuai Dengan Bajet

Berkeinginan dalam mengubah suai dekorasi atau perabot kediaman memerlukan rujukan terlebih dahulu dan pastikan apa yang ingin dibeli bersesuaian dengan ‘saiz poket’ anda.

perabot

“Abang, berkenannya saya dengan sofa tu. Dipadankan dengan kabinet warna sedondon. Wah! Berseri-serilah rumah kita, Bang. Kalau ada bajet lebih, boleh tukar set meja makan sekali. Tiga tahun asyik guna meja sama, bosan. Kita beli baru, yang lama tu boleh jual di kedai terpakai,” kata Lisa kepada suaminya, Amir.

Hajat di hati mahu suasana rumah serba serbi berubah. Dari ruang tamu, bilik tidur hingga ke dapur. Tiada salahnya jika ada bajet lebih, tetapi janganlah sampai membazir. Mungkin hanya perlu menukar satu atau dua jenis barang utama sahaja, Misalnya, sofa, kabinet atau katil baru untuk menyuntik suasana segar di dalam kediaman anda.

Sebelum membeli sebarang perabot baru, pastikan anda menetapkan anggaran kos selain memastikan pilihan sesuai konsep serta keluasan kediaman. Perabot, perkakasan dan kemasan mahal, tidak semestinya memberi kepuasan tatarias yang anda harapkan. Keserasian adalah kunci tata hias rumah anda.

Justeru, sama ada perabot itu mahal atau murah. Besar atau kecil, anda harus memastikah barang itu memang sesuai berada di dalam rumah anda. Jadi, beli sesuatu hanya selepas anda pasti memang sesuai dengan keperluan serta tata hias rumah anda.

Jika anda tidak mahir dalam bidang hiasan dalaman, dapatkan nasihat daripada orang yang mahir. Tidak perlu tergesa-gesa, kawal keterujaan anda untuk menukar dan membeli barang baru.

The post Beli Perabot Baru Sesuai Dengan Bajet appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment