Penggunaan sosial media dan laman chatting di kalangan remaja bawah umur adalah sesuatu yang biasa. Bagi remaja di usia muda ini, penggunaan sosial media dan laman chatting adalah sesuatu yang menyeronokkan namun tanpa pengawasan yang rapi dari ibu bapa, perkara yang menyeronokkan ini boleh menjadi mimpi ngeri buat mereka.
Sejak tahun lepas, statistik yang dikeluarkan Pusat Kesedaran Pulau Pinang (WCC) mencatatkan kes rogol di Malaysia adalah sebanyak 31, 685 kes rogol dan 24, 939 kes cabul. Setiap tahun, sebanyak 3,ooo kes rogol yang dilaporkan di Malaysia.
Bayangkan setiap 35 minit terdapat seorang wanita atau gadis yang dirogol. Kebanyakan dari kes rogol melibatkan mangsa bawah umur 16 tahun. Pada tahun 2013 sahaja, jumlah kes rogol yang melibatka mangsa di bawah umur adalah sebanyak 2, 111 kes. (statistik dari Pusat Kesedaran Pulau Pinang (WCC))
Sebuah syarikat penerbitan Rage yang memperkenalkan dokumentari Predator in My Phone telah melaksanakan sebuah kempen MPs Against Predators. Kempen ini dijalankan untuk mencadangkan undang-undang terhadap ‘Child Groomers’. Kempen ini turut disokong oleh Lisa Surihani, Khairy Jamaluddin dan juga menteri-menteri dan personaliti yang lain.
Definisi ‘Child Groomers’ adalah seseorang yang berkawan dengan kanak-kanak dan kadang-kala dengan keluarga kanak-kanak terbabit dengan tujuan untuk melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak terbabit.
Di Malaysia, seseorang itu hanya boleh didakwa sekiranya dia telah melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak terbabit. Jika seseorang itu mengajak kanak-kanak bawah umur untuk melakukan hubungan intim, ia tidak menjadi satu kesalahan yang melibatkan undang-undang.
Oleh itu, ,melalui dokumentari Predator in My Phone, wartawan Rage telah melakukan eksperimen untuk mengumpulkan bukti tentang bahayanya ‘Child Groomers’ ini. Mereka melakukan penyamaran dan bertemu secara dekat dengan pemangsa ini untuk mengetahui cara pemangsa ini mejalankan kegiatannya.
Kes penderaan seksual kanak-kanak harus dihentikan. Cara yang terbaik adalah dengan mencegahnya dari awal. Undang-undang terhadap ‘Child Groomers’ perlu dilaksanakan untuk mengelak kanak-kanak menjadi mangsa seksual. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak dari terjebak dengan pemangsa seksual ini.
Untuk lebih info anda boleh layari rage.com.my
The post Aplikasi Chat Jadi Modus Operandi ‘Child Groomer’ Untuk Perangkap Remaja appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment