8 Wanita Berbangsa India Paling Fashionable

Wanita berbangsa India di Bollywood mahupun di Hollywood sentiasa menguasai senarai wanita tercantik di dunia.

 

Sejak kebelakangan ini juga, mereka turut tersenarai dalam best dressed list di acara karpet merah majlis anugerah Hollywood, minggu fesyen utama mahupun festival filem antarabangsa.

 

Bersempena dengan kehadiran perayaan Deepavali, EH! menyenaraikan lapan wanita berbangsa India yang paling fashionable di dunia.

 

8. Mindy Kaling

 

mindy

 

Dia antara aktres komedi paling berjaya di Hollywood. Gerobok fesyennya juga tidak mengecewakan kala berjalan di acara permaidani merah dalam sarungan rekaan pereka ternama.

 

7. Hannah Simone

 

hannah-simone

 

Ramai pasti tidak mengetahui aktres siri komedi New Girl ini mempunyai darah kacukan India. Bapanya adalah berbangsa India dan dia pernah menetap selama setahun di New Delhi ketika berusia 16 tahun.

 

 

6. Katrina Kaif

 

katrina

 

Dia adalah antara aktres Bollywood yang paling seksi. Sudah berusia 33 tahun, aktres kelahiran Hong Kong ini sentiasa memukau lebih-lebih lagi ketika membintangi filem Dhoom 3.

 

5. Freida Pinto

 

freida-pinto-2016-vanity-fair-oscar-party-in-beverly-hills-ca-7

 

Sejak kemunculannya dalam filem terbaik Oscar iaitu Slumdog Millionaire, dia menjadi kegemaran rumah-rumah fesyen utama untuk menyarungkan rekaan mereka di majlis anugerah dan festival filem di seluruh dunia.

 

4. Deepika Padukone

 

deepika

 

Model kelahiran Denmark ini kini adalah antara aktres Bollywwod yang menerima bayaran paling tinggi. Bukan sahaja digelar antara wanita India yang paling cantik, dia berani bermain dengan fesyen di jalanan mahupun di karpet merah.

 

3. Priyanka Chopra

 

priyanka

 

Time meletakkan dia antara 100 yang paling berpengaruh tahun ini. Pelakon Quantico ini bukan sahaja berbakat, gayanya on and off screen sentiasa mencuri tumpuan. Bekas Miss World ini akan muncul dalam adaptasi Baywatch tahun hadapan.

 

2. Aishwarya Rai Bachchan

 

CANNES, FRANCE - MAY 15: Aishwarya Rai attends the "From The Land Of The Moon (Mal De Pierres)" premiere during the 69th annual Cannes Film Festival at the Palais des Festivals on May 15, 2016 in Cannes, France. (Photo by Andreas Rentz/Getty Images)

 

Bukan sahaja dia dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, bekas Miss World ini turut mempunyai gaya karpet merah yang sentiasa ditunggu-tunggu. Tahun ini dia membuat statement dengan memakai gincu ungu di Festival Filem Cannes.

 

1. Sonam Kapoor

 

sonam

 

Stail ikon fesyen India tidak perlu disangkal lagi. Aktres berusia 31 tahun ini membuat statement fesyen kala menghadiri pertunjukan Ralph & Russo Haute Couture untuk ketika Minggu Fesyen Paris tahun ini.

The post 8 Wanita Berbangsa India Paling Fashionable appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment