8 Tabiat Punca Anda Tidak Naik Pangkat

Dengan ekonomi yang sukar dijangkakan ini, tidak semudahnya anda hendak naik pangkat kerana majikan pasti memilih. Justeru, kena tahu tabiat yang boleh menjadi punca anda gagal naik pangkat, supaya anda boleh elakkannya.

Jelita Tabiat Naik Pangkat

Foto: INGImage/Click Photos

Sudah tentu, tidak semua orang dilahirkan sempurna hingga sentiasa meraih perhatian di pejabat. Tetapi, sesetengah tabiat yang anda lakukan mungkin jadi sebab majikan tidak langsung memandang ke arah anda bila tiba masanya untuk memberi ganjaran kepada kakitangan yang menyumbang.

Di sini Jelita senaraikan apa anda perlu tahu untuk musim appraisal ini.

  1. Tabiat Suka Kunci Mulut. Selagi boleh anda tutup mulut. Kepala asyik tunduk. Lebih rela jadi hiasan sahaja. Tahukah anda tabiat ini, walaupun mungkin ‘menyelamatkan’ anda daripada mendapat tanggungjawab lebih, turut mengorbankan peluang untuk anda naik pangkat? Melainkan persekitaran dalam pejabat memang menghalang sesiapa daripada menyerlah, jika anda biarkan diri anda terus menerus begini, tabiat ini mungkin memakan diri.

2. Selalu Culas. Sekali lagi, tiada siapa yang sempurna, semua orang buat kesilapan. Tetapi jika asyik berulang datang lewat, kerja tidak kemas, asyik menyalahkan orang lain, memang anda mungkin berdepan masalah: akan sukar dipercayai.

3. Suka Berdendam. Bukanlah bermakna anda kena sentiasa tersenyum dan redha sahaja. Malah, normallah jika ada yang anda tidak selesa akan perangainya. Tetapi menyimpan perasaan negatif terhadap seseorang hanya membuang masa dan tenaga. Malah, ada kajian berkata, boleh beri kesan kepada kesihatan!

4. Asyik Mengalah. Kalau dulu masa sekolah mungkin bolehlah, tetapi anda kini sudah dewasa dan ada kerjaya sendiri. Sudah-sudahlah asyik mendahulukan orang lain sampai anda jadi mangsa. Sudah tiba masanya untuk anda lakukan sesuatu untuk diri anda.

5. Suka Berlengah. Dan sukar buat keputusan. Dua tabiat anda boleh buat orang keliling anda hilang hormat pada anda.

6. Kuat Berbohong. Atau talam dua muka. Memang ada orang naik pangkat sebab pandai bermuka-muka tetapi kenapa anda perlu ikut jejak langkah sebegitu? Lambat-laun orang akan tahu kebenarannya juga.

7. Kuat Mengeluh. Ada saja yang tidak kena, bukan saja mengeluh waktu keluar makan dengan teman sepejabat, habis di media sosial pun mahu meluahkan rasa tidak puas hati. Anda ingat majikan tidak nampakkah?

8. Bahasa Tubuh Tidak Meyakinkan. Ianya penting untuk menentukan pandangan orang terhadap anda. Jadi, baiki postur, pandang mata bila bercakap, dan yakin dengan isi yang anda ingin sampaikan.

The post 8 Tabiat Punca Anda Tidak Naik Pangkat appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment